Page 3 - Manual Pengurusan Sekolah SKDB 23/24
P. 3

AMANAT









                                                                                                            GURU BESAR



























                              Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T. atas limpah kurnia-


                  Nya kita dianugerahi ruang dan peluang untuk membuka lembaran baru bagi


                  meneruskan  perjuangan  kita  mendidik  anak-anak  SK  Desa  Baiduri,  bagi  sesi


                  persekolahan  2023/2024  dengan  ikhlas  dan  iltizam  demi  memartabatkan


                  kecemerlangan  agama,  bangsa  dan  negara.Setinggi-tinggi  penghargaan  dan


                  terima kasih saya ucapkan kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan Sekolah


                  2023/2024  atas  usaha  mereka  yang  bersungguh-sungguh  dan  berdedikasi


                  sehingga  berjaya  merealisasikan  buku  pengurusan  ini  mengikut  Garis


                  Panduan  Tadbir  Urus  Sekolah  Rendah  Kementerian  Pendidikan  Malaysia


                  (MySG).






                          Buku pengurusan ini mengandungi dasar dan hala tuju sekolah dalam


                  usaha  merealisasikan  aspriasi  Transformasi  Pendidikan  Negara  melalui


                  pelaksanaan                         Pelan              Pembangunan                            Pendidikan                     Malaysia                   2013-2025.



                  Kandungan  buku  ini  yang  disusun  rapi  akan  dapat  memberikan  panduan


                  kepada  semua  guru  dan  staf  sekolah  ini  untuk  melaksanakan  tugas  dan


                  tanggungjawab  dengan  baik  dan  berkesan  mengikut  perancangan  dalam


                  takwim dan jawatankuasa yang telah ditetapkan.






                            Pada tahun 2020, SK Desa Baiduri telah dipilih melaksanakan Program


                  Transformasi  Sekolah  2025  (TS25)  untuk  meningkatkan  kemenjadian  murid


                  dan  sekolah  yang  berkualiti  tinggi  agar  selaras  dengan  keperluan  semasa


                  pendidikan di negara kita. Justeru, sekolah sedang mengaplikasikan amalan


                  terbaik  dalam  pelaksanaan  pengurusan  dan  kepimpinan  serta  pedagogi


                  dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang


                  terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 –


                  2025.  Sehubungan  itu,  sekolah  berusaha  ke  arah  melahirkan  modal  insan


                  unggul  melalui  persekitaran  pembelajaran  yang  menyeronokkan,  disokong


                  kepimpinan  yang  berkualiti  dan  berwawasan,  guru  yang  kompeten  dan


                  beraspirasi tinggi, dan komitmen komuniti yang padu.
   1   2   3   4   5   6   7   8