Page 4 - BUKUPROGRAM KPPB IPG KSAH 21 sept 2021
P. 4
UCAPAN
YBRS. DR. ROSLI BIN YACOB
TIMBALAN REKTOR KANAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam Negaraku Malaysia
Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita diberi kesempatan untuk bersama-sama bagi
menjayakan majlis perasmian penutup Showcase Maya KPPB Peringkat IPG KSAH 2021.
Saya juga merakamkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli
Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana atas penganjuran Showcase Maya yang
bertemakan “Kapasiti Pedagogi Melonjakkan Pembelajaran Bermakna”
Showchase Maya ini mencerminkan kesepakatan, kesepaduan dan komitmen padu warga
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim dalam merealisasikan amalan pedagogi
terbaharu iaitu Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) atau dalam Bahasa
Inggerisnya disebut sebagai Capacity Pedagogies for Deep Learning. Tema Showcase KPPB
Peringkat IPGKSAH 2021 ‘Kapasiti Pedagogi Melonjakkan Pembelajaran Bermakna’
(KPPB) ini, sangat bertepatan dengan kepesatan perkembangan pedagogi kontemporari dan
juga amat bersesuaian dengan situasi semasa negara dan dunia ketika ini sedang diuji dengan
pandemik COVID-19. Situasi ini tidak sedikitpun menjejaskan kesediaan warga IPG untuk
merealisasikan pencapaian pendidikan yang diutamakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia kerana PdP boleh terus dilaksanakan secara dalam talian. Selain menyemarakkan dan
memperkasakan amalan pedagogi terkini iaitu amalan pedagogi kontemporari, KPPB turut
mengubah strategi pengajaran pensyarah dan strategi pembelajaran pelajar IPG iaitu dari
pendekatan bergantung kepada sumber maujud kepada pendekatan yang menekankan kepada
pemanfaatan digital.
4