Page 5 - BUKU PROGRAM KPPB IPG KSAH
P. 5

Melalui amalan perkongsian dalam showcase seperti ini, para pensyarah dan pelajar akan dapat
               mempelajari dan memikirkan semula tentang amalan PdP mereka pada masa hadapan.  Sesi
               refleksi dan suara pensyarah serta  suara pelajar di dalam  showcase  akan menjadikan para
               pensyarah dan pelajar lebih kreatif dan kritis. Idea dan cadangan daripada rakan pembelajaran
               yang  mengikuti  showcase  ini  akan  memberikan  kesan  positif  kepada  mereka  secara  tidak
               langsung,  bagi  mereka  bentuk  semula  pengajaran  dan  pembelajaran  baharu  di  masa  akan
               datang.  Pandangan  dan  maklumbalas  sebegini  amat  dialu-alukan  dan  diharapkan  dapat
               membantu  pelajar  menguasai  sepenuhnya  kompetensi  global  6C  dan  menjadikan  mereka
               warga yang bertanggungjawab hingga ke peringkat global.

              Harapan saya semoga showcase berprestij yang diadakan ini akan diteruskan lagi di masa-masa
               akan datang. Showchase ini juga diharapkan dapat membakar semangat dalam diri tuan/puan
               untuk meneruskan usaha melaksanakan KPPB bagi memantapkan sistem pendidikan negara
               kerana kitalah peneraju kepada kecemerlangan pendidikan guru. Di samping itu, penganjuran
               showcase  ini  juga  diharapkan  dapat  memberi  manfaat  dan  impak  yang  tinggi  kepada
               kelangsungan akademik di seluruh IPG Kampus di samping memastikan e-KPI IPGM tercapai.

               Syabas dan tahniah kepada IPG KSAH khususnya kepada barisan Jawatan Kuasa Showcase
               Maya yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan Showchase julung kali ini. Saya
               yakin dan percaya bahawa segala usaha dan kerjasama erat dalam kalangan warga IPG KSAH
               ini akan memberi impak besar terhadap citra Institut Pendidikan Guru Malaysia. Teruskan
               tradisi gemilang ini dan saya berdoa agar tuan-tuan dan puan-puan akan terus cemerlang dan
               berjaya dalam usaha memimpin, melahirkan dan mendidik bakal-bakal guru menjadi guru-
               guru yang kompeten dan berjiwa pendidik.


               Sekian, Wabillahi Taufik Wal-hidayah,
               Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.




               YBRS. DR. ROSLI BIN YACOB
               TIMBALAN REKTOR KANAN
               INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA




                                                           5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10