Page 2 - PowerPoint Presentation
P. 2
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) (UPBM),
Sektor Pembangunan Murid (SPMu), Jabatan Pendidikan
Negeri Perlis (JPNPs) telah merancang pelaksanaan
pertandingan-pertandingan Kokurikulum Akademik STEM
bersempena dengan program The Podium : This is Perlis
yang telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Perlis pada
10 Februari 2021. Pelaksanaan pertandingan-pertandingan
Kokurikulum Akademik STEM ini adalah selaras dengan
usaha Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan
Inisiatif Perkukuhan STEM, Kementerian Pendidikan
Malaysia dapat terus dilaksanakan walaupun dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid19. Usaha
melaksanakan aktiviti-aktiviti pertandingan Kokurikulum
Akademik STEM bertujuan merealisasikan salah satu elemen
utama (Keberhasilan Murid) dalam Inisiatif Perkukuhan
STEM, iaitu Melahirkan murid yang berkebolehan mereka
cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi,
menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu
yang baharu melalui pembelajaran bersepadu merangkumi
STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar.