Page 2 - Perlis STEM Online Challenge 2021
P. 2

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) (UPBM),

           Sektor Pembangunan Murid (SPMu), Jabatan Pendidikan
           Negeri       Perlis      (JPNPs)       telah      merancang           pelaksanaan

           pertandingan-pertandingan Kokurikulum Akademik STEM

           bersempena dengan program The Podium : This is Perlis
           yang telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Perlis pada

           10 Februari 2021. Pelaksanaan pertandingan-pertandingan

           Kokurikulum Akademik STEM ini adalah selaras dengan

           usaha Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK),
           Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan

           Inisiatif      Perkukuhan           STEM,        Kementerian            Pendidikan

           Malaysia dapat terus dilaksanakan walaupun dalam tempoh
           Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid19. Usaha

           melaksanakan aktiviti-aktiviti pertandingan Kokurikulum

           Akademik STEM bertujuan merealisasikan salah satu elemen
           utama (Keberhasilan Murid) dalam Inisiatif Perkukuhan

           STEM, iaitu Melahirkan murid yang berkebolehan mereka

           cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi,
           menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu

           yang baharu melalui pembelajaran bersepadu merangkumi

           STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar.
   1   2   3   4   5   6   7