Page 14 - LAPORAN TAHUNAN BPUS 2023
P. 14
KEM BINA SAKHSIAH ANGGOTA
PENGUATKUASA JAHEAIK
Kem Bina Sahsiah Anggota Penguatkuasa telah berlangsung dengan jayanya
pada 12, 13 & 14 September 2023 di Stong Heritage Eco Resort Dabong, Kuala Krai
Kelantan. Acara ini telah dihadiri lebih kurang 50 anggota penguatkuasa dari
seluruh Negeri Kelantan. Kem ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi
sahsiah anggota penguatkuasa supaya mereka lebih beretika, berintegriti, dan
profesional dalam menjalankan tugas mereka dalam menghidupkan syiar Islam
di Negeri ini.
Program ini berlangsung selama tiga hari dengan adanya aktiviti yang
mencabar dan mengfokuskan kepada pembangunan sahsiah dan kepimpinan.
Peserta telah mengikuti sesi taklimat, kelas latihan, simulasi situasi, dan latihan
fizikal yang intensif. Selain itu, mereka juga terlibat dalam sesi berkongsi
pengalaman dan penyelesaian masalah yang dihadapi dalam tugas harian
mereka.
Secara keseluruhannya, Kem Bina Sahsiah Anggota Penguatkuasa ini dianggap
berjaya dan berkesan dalam memperkembangkan profesionalisme dan
kesedaran etika dalam kalangan peserta. Diharapkan program serupa akan
diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan anggota penguatkuasa
sentiasa bersedia dan kompeten dalam melaksanakan tugas masing-masing.
LAPORAN AKTIVITI & PROGRAM
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN 12
UNDANG-UNDANG SYARIAH