Page 3 - LAPORAN TAHUNAN BPUS 2023
P. 3
UCAPAN ALU-ALUAN
YB DATO’ LELA PERKASA
DATO' HAJI CHE MOHD RAHIM
BIN HAJI JUSOH D.P.S.K (Kelantan)
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Segala puji dan syukur kepada Allah SWT Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat
baginda. Setinggi tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat
sama ada di peringkat Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri
Kelantan dan semua jajahan di atas usaha menerbitkan laporan tahunan bagi
tahun 2023 di bahagian penguatkuasa.
Bahagian Penguatkuasa adalah sebahagian dari penggerak aspek pematuhan
syariat dalam melaksanakan Pelan lnduk Transformasi Ummah di bawah teras
Salaman kearah melahirkan masyarakat yang sejahtera berpandukan undang-
undang yang telah digariskan dibawah Enakmen KanunJenayah Syariah Negeri
Kelantan (I) 2019 bagi merealisasikan Kelantan Melangkah Kehadapan (KMK) yang
merupakan sasaran utama Kerajaan Negeri Kelantan melalui konsep keberkatan,
kemakmuran dan kebajikan.
Laporan Tahunan Bahagian Penguatkuasa JAHEAIK memuatkan gerak kerja yang
telah dilaksanakan sepanjang tahun 2023 bertujuan memberikan laporan secara
am berkaitan usaha-usaha untuk memartabatkan undang-undang syariah di Negeri
Kelantan.
Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan syabas dan tahniah di atas laporan yang
telah berjaya diterbitkan oleh semua pihak yang terlibat. Semoga segala usaha
yang kita lakukan ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Sekian,wabi
llahittaufiq.
Wassalamualaikum wa Rahmatullahi Ta'ala wa Sarakatuh
LAPORAN AKTIVITI & PROGRAM
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN 1
UNDANG-UNDANG SYARIAH