Page 38 - LAPORAN TAHUNAN BPUS 2023
P. 38

FUNGSI UNIT OPERASI



                 Unit Operasi bertanggungjawab dalam menerima aduan awam berhubung
                 dengan  kesalahan-kesalahan  jenayah  syariah  di  Kelantan,  menjalankan
                 rondaan dan tindakan ke tempat-tempat yang disyaki berlaku maksiat serta
                 berkuasa  membuat  tangkapan  keatas  pelaku-pelaku  maksiat.  Unit  ini  juga
                 mempunyai  kuasa  untuk  menerima  aduan  mengenai  kesalahan-kesalahan
                 yang  melanggar  undang-undang  syariah  yang  sedang  berkuatkuasa.
                 Tindakan-tindakan  yang  diambil  terhadap  kes-kes  jenayah  syariah  adalah
                 berdasarkan  kepada  peruntukan  undang-undang  yang  ada  dan  mengikut

                 prosedur prosedur yang ditetapkan oleh jabatan supaya kredibiliti tindakan
                 tidak dicabar di Mahkamah.


                     Menguatkuasakan  undang-undang  yang sedia ada serta menjalankan
                     penyiasatan keatas kes-kes yang memerlukan kepada penyiasatan




                     Membuat rondaan ke taman-taman rekreasi, pantai pantai, tempat perkelahan

                     dan sebagainya.





                     Menerima aduan dan membuat tindakan ke tempat tempat maksiat.




                     Menerima aduan mengenai kes-kes saman seperti kahwin tanpa kebenaran,
                     cerai luar mahkamah, hamil luar nikah dan sebagainya.




                     Memberi penerangan berhubung dengan kesalahan jenayah syariah.





                    Mengawasi  pengajaran  dan  amalan  yang  berhubung  dengan  agama  serta
                    mengambil tindakan terhadap pengamal dan pengembangan ajaran salah.




                    Membuat  pemeriksaan  dan  tangkapan  keatas  mereka  yang  melakukan
                    kesalahan jenayah syariah.















                                                                        LAPORAN AKTIVITI & PROGRAM

                                                                      BAHAGIAN PENGUATKUASAAN                     36
                                                                      UNDANG-UNDANG SYARIAH
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43