Page 13 - LAPORAN TAHUNAN BPUS
P. 13
KONSULTASI BERSAMA PEGAWAI
PENGUATKUASA AGAMA NEGERI
KELANTAN
Bahagian penguatkuasaan undang-undang
Syariah (BPUS telah mengadakan Program
Konsultasi Bersama Pegawai Penguatkuasa
Agama Negeri Kelantan. Program tersebut
telah diadakan di Dewan Abu Bakar di
Kompleks Islam Darul Naim Lundang. Antara
pengisian program tersebut ialah konsultasi
kod etika pegawai penguatkuasa Agama yang
menjadi satu etika yang perlu dipatuhi oleh
semua pegawai penguatkuasa agama (PPA)
diseluruh Malaysia.
Selain itu, pengisian lain yang penting
kepada PPA ialah konsultasi SOP mengiring
orang yang ditangkap ke mahkamah atau ke
penjara. SOP ini sangat berguna kepada
semua PPA untuk memastikan setiap tindakan
mengiring orang ke mahkamah dan penjara
sentiasa dipatuhi supaya dapat mengelakkan
perkara yang tidak diingini berlaku.
LAPORAN AKTIVITI & PROGRAM
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN 11
UNDANG-UNDANG SYARIAH