Page 38 - LAPORAN TAHUNAN BPUS
P. 38
FUNGSI UNIT OPERASI
Unit Operasi bertanggungjawab dalam menerima aduan awam berhubung
dengan kesalahan-kesalahan jenayah syariah di Kelantan, menjalankan
rondaan dan tindakan ke tempat-tempat yang disyaki berlaku maksiat serta
berkuasa membuat tangkapan keatas pelaku-pelaku maksiat. Unit ini juga
mempunyai kuasa untuk menerima aduan mengenai kesalahan-kesalahan
yang melanggar undang-undang syariah yang sedang berkuatkuasa.
Tindakan-tindakan yang diambil terhadap kes-kes jenayah syariah adalah
berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang ada dan mengikut
prosedur prosedur yang ditetapkan oleh jabatan supaya kredibiliti tindakan
tidak dicabar di Mahkamah.
Menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada serta menjalankan
penyiasatan keatas kes-kes yang memerlukan kepada penyiasatan
Membuat rondaan ke taman-taman rekreasi, pantai pantai, tempat perkelahan
dan sebagainya.
Menerima aduan dan membuat tindakan ke tempat tempat maksiat.
Menerima aduan mengenai kes-kes saman seperti kahwin tanpa kebenaran,
cerai luar mahkamah, hamil luar nikah dan sebagainya.
Memberi penerangan berhubung dengan kesalahan jenayah syariah.
Mengawasi pengajaran dan amalan yang berhubung dengan agama serta
mengambil tindakan terhadap pengamal dan pengembangan ajaran salah.
Membuat pemeriksaan dan tangkapan keatas mereka yang melakukan
kesalahan jenayah syariah.
LAPORAN AKTIVITI & PROGRAM
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN 36
UNDANG-UNDANG SYARIAH