Page 9 - Laporan Isu Gelandangan_Neat
P. 9

Masalah gelandangan telah menyumbang terhadap masalah kebersihan dijohor khususnya lokasi-
               lokasi tumpuan pengunjung/pelancong. Mereka tidur di tempat-tempat yangtidak sesuai di sekitar
               bandaraya Johor dalam persekitaran yang tidak bersih danterdedah kepada penyakit berjangkit.

               Manakala golongan pengemis pula kebanyakannya meminta sedekah di hadapan kompleks
               perniagaan, tepi-tepi jalan dan sebagainya. Kedua-dua faktor ini bukan sahaja menyumbangkepada
               masalah kebersihan, malah turut menyumbang pelbagai masalah lain seperti sosial;keselamatan;
               menjejaskan imej Johor dengan pandangan kurang elok jika dilihat oleh pelancong. Menurut siasatan
               oleh pihak berkuasa, didapati terdapat sindiket yang beroperasimembawa golongan ini untuk
               mengemis di ibukota terutamanya di kawasan yang menjaditumpuan orang ramai. Mengemis juga
               seolah-olah telah dijadikan sebagai satu kerjaya yangmendatangkan hasil yang lumayan. Malah,
               terdapat diantara pengemis yang pernah ditahan oleh pihak berkuasa menginap di hotel-hotel
               berdekatan dengan tempat mereka mengemis;

               Bagi tahun 2013, operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa  telah mengangkut
               sejumlah 965 orang gelandangan dan didapati 125 orang daripadamereka adalah pendatang asing .
               Pada tahun 2014 (sehingga Mei) sejumlah 117 oranggelandangan telah berjaya diangkut menerusi
               operasi bersepadu yang dijalankan dan didapati 21orang daripada mereka adalah pendatang
               asing.Masalah gelandangan ini menjadi semakin rumit apabila mereka mempunyai kumpulanmasing-
               masing yang menguasai kawasan tertentu. Masalah timbul apabila mereka berebutkawasan dan
               berlaku pergaduhan diantara mereka;
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14