Page 39 - Di Sini Bermulanya Perjalanan Mencari Redha Allah
P. 39

Buku ini diilhamkan oleh penulis apabila merasakan perlunya satu catatan
               bagi  menerangkan  kepada  masyarakat  bahawa  ada  erti  dalam  sesuatu
               perjalanan  di  dalam  kehidupan  dunia.  Justeru,  penulis  merangkumkan
               ringkasan kepada dua bahagian. Pertamanya mengajak pembaca mengenal
               perjuangan  dan  pengorbanan  Nabi  S.A.W  dan  Para  Sahabat.  Keduanya
               catatan  ayat-ayat  suci  Al-Quran  yang  menceritakan  kehidupan  alam

                                                                                             hanya asbab
               sekeliling. Mengambil pendekatan dari Kuala Ke Royal Belum
               kepada  perjalanan  ini.  Tetapi  yang  lebih  utama  pengisian  perjalanan  ini

               adalah  “cetusan  idea  hati” daripada  seorang  pemimpin  Universiti.  Nama
               Prof.  Dato’  Dr.  Mohammad  Redzuan  Bin  Othman  adalah  watak  yang
               mencorak  kehidupan  perjalanan  yang  lebih  besar.  Perjalanan  itu  adalah
               perpindahan  dari  kepompong  selesa  kepada  keadaan  yang  sepatutnya
               dilalui dengan penuh rasa keinsafan, setelah melalui perjalanan dunia yang
               melalaikan dalam tempoh yang panjang.



               MENGENAI PENGARANG


               Dr. Mohd Norazwan Bin A. Bakar, merupakan seorang Pensyarah Kanan
               di Universiti Selangor. Pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Projek
               Penghijauan dan Pembangunan Rekreasi selama hampir dua tahun. Beliau

               kini  memegang  jawatan  sebagai  Pengarah  Pusat  Sukan,  Budaya  dan
               Penghijauan di Universiti yang sama.


               Dr.  Mohd  Norazwan  Bin  A.  Bakar,  merupakan  graduan  dalam  bidang
               Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan. Ijazah Sarjana dalam Sains Sukan
               (MSc)  dan  Ijazah  Kedoktoran  dalam  bidang  Pendidikan  (Ed.D).  Satu  Bab
               bertajuk,  Catatan  Indahnya  Bumi  Tuhan  yang  terkandung  di  dalam
               buku ini merupakan satu amanah Allah yang boleh terus di bicarakan oleh
               pembaca semua. Penglibatan penulis dalam memastikan suasana landskap
               kampus yang lebih kondusif menjadi inspirasi kepada penghasilan buku ini.

               Semoga  buku  ini  dapat  menjadi  sumber  rujukan  yang  cukup  berguna
               kepada semua.


               Sem. Malaysia       RM10.00
               Sabah / Sarawak   RM 12.00
   34   35   36   37   38   39