Page 29 - Buletin Suhakam EDISI-1
P. 29

KISAH MASYARAKAT



         ULASAN        Pembaca sekalian, kisah SURI bukanlah kisah baharu yang berlaku dalam masyarakat.
                       Ia adalah salah satu daripada beratus kes yang melibatkan kanak-kanak sejak bertahun
         lamanya. Suri berhadapan  dengan  manusia  pedofilia.  Menurut Kamus Dewas  Edisi  Keempat,  pedofilia
         bermaksud keinginan melakukan seks dengan kanak-kanak. Manusia pedofilia ini licik, sukar dikenalpasti
         tetapi adalah menjadi tanggunjawab kepada ibu bapa, penjaga serta yang amat diharapkan para pendidik di
         semua peringkat pendidikan bermula daripada pengasuh, taska, tadika, sekolah rendah dan menengah untuk
         lebih berwaspada dan berhati-hati. Berita gempar di Malaysia pada suatu ketika dahulu berkaitan pedofil
         warga Britain yang mengaku melakukan pencabulan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia termasuk
         merogol, serangan seksual dan melakukan seks dengan kanak-kanak membuka mata banyak pihak. Kanak-
         kanak sentiasa menjadi ancaman dan persoalannya wajarkah perkara ini terus berlaku? SUHAKAM melalui
         kenyataan media pada 3 Jun 2016, menyeru Kerajaan untuk mempertingkatkan undang-undang jenayah
         sedia ada mengenai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. SUHAKAM sentiasa mengingatkan Kerajaan
         akan tanggungjawab Malaysia sebagai Negara Pihak kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC)
         dan Protokol Pilihan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak berkenaan penjualan kanak-kanak, pelacuran
         dan bahan-bahan lucah terhadap kanak-kanak untuk melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk
         eksplotasi dan penderaan seksual. Justeru, Kerajaan melalui inisiatif penubuhan Akta Kesalahan-Kesalahan
         Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang diluluskan Parlimen pada April 2017 bertujuan
         melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa jenayah seksual dan peruntukan-peruntukan di bawah
         Akta ini juga lebih diperincikan kepada setiap perbuatan dan perlakuan yang berunsur jenayah seksual
         terhadap kanak-kanak.


         USAHA         Walaupun pelbagai usaha diambil untuk mengekang jenayah pedofil ini agar tidak
                       berleluasa, masyarakat tidak boleh hanya meletakkan tanggungjawab ini pada bahu
         kerajaan atau penguatkuasa semata-mata. Setiap ibu bapa dan penjaga juga perlu mengambil peranan dan
         langkah-langkah positif dalam menjaga keselamatan anak-anak mereka. Kanak-anak perlu dipantau pada
         setiap masa dan keadaan. Ibu bapa dan penjaga juga tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan urusan
         anak-anak kepada orang yang tidak dikenali. Luangkan juga masa bersama anak-anak dan banyakkan
         berbincang dengan mereka mengenai perkara-perkara yang melibatkan keselamatan diri mereka sendiri.


         CRC           Kanak-kanak ditakrifkan berumur 18 tahun ke bawah. Ketahuilah bahawa mereka
                       mempunyai hak dalam kehidupan. Hak pertama mereka adalah hak untuk hidup. Hak
         seterusnya seperti yang terangkum dalam CRC adalah meliputi aspek makanan, pakaian, tempat tinggal,
         penjagaan kesihatan, pendidikan, perundangan dan perkembangan sosial. Kanak-kanak juga perlu bebas
         daripada sebarang bentuk eksplotasi, penderaan, keganasaan, pengabaian dan apa jua tindakan yang
         menafikan hak kanak-kanak selari dengan apa yang telah digariskan di bawah peruntukkan Perlembagaan
         Persekutuan.

         REALISASI
                       Sekiranya semua pihak menggembleng usaha dan tenaga, maka hak asasi manusia
          untuk semua bukanlah suatu yang mustahil untuk direalisasikan.

                                                          BULETIN SUHAKAM | 2018 29
   24   25   26   27   28   29   30   31   32