Page 9 - Buletin Suhakam EDISI-3
P. 9
SAMBUTAN HARI HAK ASASI MANUSIA 2018
SAMBUTAN HARI HAK ASASI MANUSIA 2018
SUHAKAM meraikan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018 dengan penuh komited
dan jayanya walaupun beberapa cabaran yang perlu ditempuh. Pada tahun ini, program
yang sepatutnya diadakan pada 8 Disember telah ditunda ke 9 Disember. Berikutan
beberapa siri laporan media dan pendapat peribadi yang menular di media sosial
mengenai program ini, SUHAKAM akur agar Sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018
ditunda dari tarikh asal. Sudah tentu perancangan awal yang telah diatur memerlukan
perhatian yang lebih terperinci kerana sudah pasti beberapa pihak yang terlibat seperti
pengendali trak makanan, peserta dan para pempamer dalam program ini terpaksa
membatalkan penyertaan akibat pertukaran tarikh di saat-saat akhir.
Tekanan ini tidak mematahkan usaha dan gerak kerja SUHAKAM kerana ini bukan
kali pertama program atau aktiviti SUHAKAM menerima cabaran seperti pembatalan
tempat atau diminta untuk menghentikan program serta-merta. SUHAKAM akan
tetap meneruskan mandatnya seperti yang termaktub, antaranya bagi melindungi dan
mempromosi hak asasi manusia di Malaysia.
Pada sambutan tahun ini, majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan
bacaan Rukun Negara, disusuli ucapan alu-aluan oleh Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri
Razali Ismail, beberapa persembahan pentas, penyampaian hadiah bagi Pertandingan
Video Pendek SUHAKAM 2018 dan kemudiannya hadirin dijemput melawat gerai-
gerai pameran yang disediakan. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua yang
menjayakan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018. Hak asasi untuk semua!
Kudsia Kahar, pengacara Sambutan
Hari Hak Asasi Manusia 2018.
Persembahan sketsa daripada pegawai dan
kakitangan SUHAKAM.
BULETIN SUHAKAM | 2018 9