Page 138 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 138
memperkenalkan al-Quran kepada anak istimewanya. Pada peringkat awal, Qayyim hanya
Menurut Qayyim, ayahnya sering memasang kaset untuk mempelajari al-Quran daripada bapanya hanya dengan
memperdengarkan alunan ayat-ayat al-Quran kepada mendengar. Dengan dorongan ibu bapanya, beliau
beliau. Masih segar di ingatan beliau pada ketika itu, mula mengambil inisiatif untuk mempelajari tulisan
alunan taranum daripada Sheikh Mishary Rashid Alafasy Braille semasa di peringkat sekolah rendah. Insan
yang merupakan seorang imam dan qari yang sangat terpilih ini menggunakan ilmu Braille tersebut untuk
terkenal. belajar membaca al-Quran. Apabila sudah pandai
membaca al-Quran dalam bentuk Braille, beliau
mampu memantapkan lagi pembacaannya yang
terdahulu.
Demi memperbaiki dan mengukuhkan lagi
pembacaannya, beliau mula mempelajari taranum
ketika berada di darjah tiga. Pada ketika itu, beliau
telah diperkenalkan dengan seorang guru bernama
Fauzi Awang, yang menjadi guru taranum pertamanya.
Seterusnya, beliau juga menuntut ilmu taranum
bersama Haji Yahya Daud dan Haji Rahim. Sebagai
seorang bapa yang menginginkan yang terbaik untuk
anak istimewanya, tanpa mengeluh Sarimi menghantar
Qayyim ke rumah guru-guru tersebut yang berada di
daerah Limbat, Kota Bharu Kelantan. Antara jenis
taranum yang dikuasai oleh beliau adalah taranum
Bayyati, Soba, Hijaz dan Sikah.
Beliau mula menyertai pertandingan tilawah di
peringkat sekolah rendah. Berkat usahanya yang gigih,
Qayyim berjaya mendapat tempat kedua ketika