Page 167 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 167
Tidak dapat dinafikan, sepanjang tempoh
menternak ikan bermula tahun 1998, beliau telah
menerima
Ini
termasuk
pelbagai
anugerah.
penghargaan dari Sultan Pahang pada tahun 2014 atas
kejayaan beliau menjadi seorang usahawan nelayan
darat dari kalangan OKU.
“Biar betul ni bang. Abang buat semua ni sendiri
ke?” Pertanyaan pelanggan dalam keadaan pelik.
“Ya betul. Mari ikut saya bagi makan ikan,” jawab
Khairi.
Kisah beliau sering dipaparkan di dada-dada
akhbar. Hampir setiap tahun, akan ada wartawan dari
agensi yang berbeza mengunjungi beliau sekeluarga.
Rata-rata mereka sangat teruja melihat sangkar ikan
yang banyak milik Mohd. Khairi. Jika dilihat dari
fizikalnya, hampir mustahil untuk dipercayai bahawa
sangkar-sangkar ikan yang terletak di tepi Sungai
Pahang itu milik seorang OKU fizikal. Kisah beliau yang
kuat semangat dan usahanya yang luar biasa sebagai
seorang OKU memberikan inspirasi kepada orang
ramai. Beliau juga kerap dijemput sebagai penceramah
motivasi untuk berkongsi pengalaman hidup dalam
mengembangkan perniagaannya.
Sebagai seorang usahawan OKU, tidak dapat
dinafikan beliau juga menerima pelbagai bantuan
seperti wang tunai, kerusi roda dan sebuah rumah.
Bagi Mohd. Khairi sendiri, ibu bapa merupakan
individu yang perlu bertanggungjawab untuk
membantu anak-anak OKU. Beliau yakin,
anak-anak yang didedahkan lebih awal ke saluran yang
betul akan lebih berdaya saing di usia dewasa mereka.
Agensi-agensi dan persatuan untuk golongan OKU
yang ada hari ini menawarkan pelbagai peluang seperti
pendidikan khas, pelbagai latihan dan kemahiran yang
sesuai dengan kecacatan yang dimiliki. Harapannya
tinggi untuk melihat bakat dan potensi OKU ini
diketengahkan ke tahap yang lebih baik pada masa
hadapan.