Page 206 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 206

dan memahami kekurangan beliau. Pada tahun 2009,                         Selepas dua tahun menuntut ilmu secara formal di
            Jeannie mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan               Kolej KDU, akhirnya, Jeannie menamatkan pengajian
            iaitu dengan menawarkan perkhidmatan reka bentuk                  dengan cemerlang pada tahun 2010. Minat yang mendalam
            logo, poster dan laman sesawang kepada  mana-mana                 dalam bidang seni reka bentuk mendorong Jeannie untuk
            individu yang berminat. Sambutan yang menggalakkan                menceburi bidang tersebut dengan lebih serius. Jadi pada
            serta minat yang mendalam menyebabkan Jeannie                     tahun 2010, Jeannie bertekad untuk memulakan
            sanggup mengambil tempahan ketika beliau masih lagi               perniagaan    yang    berkait    rapat   dengan     bidang
            belajar di Kolej KDU.                                             pendidikannya semasa di Kolej KDU iaitu Diploma Seni
                                                                              Reka Bentuk dan Seni Digital. Syarikat yang beliau
                                                                              usahakan menawarkan perkhidmatan reka bentuk logo,
                                                                              poster, dan laman sesawang.
                                                                                     Tidak suka menghabiskan masa lapangnya dengan
                                                                              perkara yang sia-sia, Jeannie bergiat secara aktif dalam
                                                                              aktiviti kebajikan masyarakat dan menyertai Badan Bukan
                                                                              Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Orang Pekak YMCA
                                                                              Pulau Pinang (YMCA Penang Deaf Club).  Persatuan Orang
                                                                              Pekak YMCA Pulau Pinang merupakan sebuah persatuan
                                                                              yang menawarkan perkhidmatan kelas tambahan bagi para
                                                                              pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah yang
                                                                              mengalami masalah pendengaran. Walau bagaimanapun,
                                                                              pelajar bukan OKU yang ingin menyertai kelas tambahan
                                                                              yang dianjurkan oleh persatuan ini turut diterima masuk.
                                                                                     Antara liku-liku penglibatan awalnya dalam
                                                                              bidang perniagaan adalah tidak mendapat sokongan
                                                                              keluarganya sendiri. Tidak dapat dinafikan, pada
                              
                                                                              peringkat awal selepas menyuarakan isi hatinya untuk
   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211