Page 218 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 218
“Sekiranya diberi pilihan menjadi seorang majikan,
saya lebih rela mengambil pekerja OKU bekerja
memandangkan golongan tersebut lebih amanah dan
spesifik dalam melakukan kerja.” - Noraini Othman
(Kakak Fadil)
Insan yang dilahirkan di dunia ini mempunyai
bakat dan kebolehan tersendiri. Semuanya bergantung
pada asuhan dan cara didikan ahli keluarga
masing-masing. Ahmad Fadil merupakan contoh kesan
didikan dan penerimaan positif ahli keluarga terhadap
dirinya sehinggakan Fadil dapat menjalani kehidupan
seperti individu normal meskipun dirinya penghidap
Sindrom Down.