Page 256 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 256

lima lagi pesaing dari negeri yang sama. Beliau juga
            menyertai pertandingan ini pada tahun 2010 dan mendapat
            tempat ketiga dalam kategori yang  sama.  Sabki
            kemudiannya menyertai kem MSN bagi sukan lumba
            basikal, namun meninggalkan kem tersebut apabila
            mengetahui bahawa program itu tidak mendapat
            pengiktirafan rasmi.
                    Beliau  berlatih  sendiri untuk  mengasah  bakatnya
            dalam sukan Triathlon  untuk menyertai 2013 Subic Bay
            ASTC Triathlon Asian Championships yang diadakan di
            Filipina bagi kategori TRI-4 (Lelaki). Beliau berjaya
            memperolehi pingat emas dalam pertandingan yang
            dijalankan pada  29 April  2013  ini  dengan rekod masa
            keseluruhan selama satu jam, 13 minit dan 25 saat. Beliau
            mencatatkan rekod tempat ke-13 bagi keseluruhan
            kategori. Walaupun Triathlon itu masih belum diiktiraf

            sebagai sukan pada ketika itu, Sabki masih berjaya                              
                               
            mengumpul rekod terbaik untuk memiliki satu mata bagi
            rekod dunia. Pada tahun yang sama, beliau juga menyertai
            KL Tower International Towerthon Challenge 2013 namun                    Walau bagaimanapun, Sabki merasakan bahawa
            tidak berjaya mendapatkan tempat di podium pada tahun             beliau mampu untuk mencipta rekod yang lebih baik jika
            itu. Beliau kemudiannya mara ke 2013 International                tiada masalah teknikal. Beliau menghadapi masalah brek
            Triathlon Union (ITU) World Triathlon Grand Final London.         pada basikal yang tidak menepati peraturan dalam
            Beliau bertanding bagi kategori TRI-4 (Lelaki) pada 13            pertandingan itu. 45 minit sebelum pertandingan
            September 2013 dan berjaya menduduki tempat ke 31                 bermula, Sabki menghantar basikalnya untuk diubah suai
            dengan  rekod  masa  satu  jam,  27 minit  dan 44  saat.          dengan meletakkan brek pada kedua-dua tayar. Oleh itu,
   251   252   253   254   255   256   257   258   259   260   261