Page 262 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 262
Paralimpik. Namun begitu, Sabki diberitahu bahawa
kategori beliau tidak dipertandingkan di Rio oleh kerana
kesilapan teknikal dan salah faham. Beliau tergamam
banyak
sudah
kerana
wang
ringgit
seketika
dibelanjakannya dari poket sendiri demi berlatih untuk
menaikkan nama negara. Hilang semangatnya sebentar
sehinggakan beliau berhenti melakukan aktiviti harian
beliau. Perkara yang terjadi ini lebih sakit baginya
daripada sengatan obor-obor ketika beliau menyertai
pertandingan berenang di Pulau Pinang.
Walaupun sibuk dengan kerja hakikinya, Sabki
tidak pernah lalai dalam latihan untuk memastikan
kecergasan fizikal beliau sentiasa dalam keadaan
mantap. Beliau berlatih pada waktu yang tidak
mengganggu kerjanya seperti di awal pagi, pada waktu
rehat tengah hari dan lewat petang untuk mengekalkan
stamina beliau. Sejak berpindah ke PKMC Putrajaya pada
tahun 2012, Sabki selalu berlatih berenang di Kompleks
Sukan Air Putrajaya, Presint 6 pada waktu tengah hari.
Hal ini disebabkan pada waktu ini tidak ramai orang di
sana yang boleh membuatkan beliau fokus dalam
latihannya. Bagi Sabki, tidak perlu untuk merajuk
meninggalkan usahanya selama ini, kerana sentiasa
didorong oleh ayahnya yang sudah tua, adik-beradiknya,
isteri dan rakan-rakan yang selalu mendampinginya
dalam setiap masa. Beliau juga selalu teringat dengan

