Page 269 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 269
“Kenapa tak simen lagi tangan saya doktor?” ujar
Ashraf dengan rasa pelik di hati selepas sedarkan diri.
Alangkah terkejutnya beliau selepas mengetahui bahawa
tangannya kirinya tidak lagi dapat diselamatkan dan
terpaksa dipotong. Hal ini disebabkan oleh tangan kirinya
adalah tangan yang dominan kerana beliau merupakan
seorang yang kidal. Perasaannya hancur sehingga
membuatkan fikirannya bercelaru. Lebih malang, ianya
berlaku semasa beliau baru sahaja memasuki Tingkatan
Lima dan harus menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) pada penghujung tahunnya.
Muhamad Ashraf Muhammad Haisham dilahirkan
dalam keadaan normal. Namun segalanya berubah ketika
beliau berumur 17 tahun, selepas anak jati Perak tersebut
terlibat dalam satu kemalangan motosikal pada tanggal
12 Januari 2013. Tragedi tersebut berlaku semasa Ashraf
membonceng rakannya melalui satu kawasan selekoh di
daerah Lumut. Kemalangan disebabkan oleh permukaan
jalan yang licin pada masa itu. Semasa terjatuh, tangan
kirinya berada tepat di atas pembahagi jalan dan secara