Page 291 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 291

Sunny yang juga serius dalam mempromosikan
            kesejahteraan dan pembangunan orang pekak di
            Labuan, memulakan pertubuhan khas untuk orang
            pekak di sana. Pada tahun 2016, beliau dan beberapa
            rakan lain memulakan aktiviti mengajar orang ramai
            tentang penggunaan bahasa isyarat. Pada tahun 2017,
            pertubuhan ini ditubuhkan secara rasmi dengan nama
            Persatuan Orang Pekak Labuan dan Sunny dilantik
            menjadi presiden persatuan ini pada 10 April 2017.
            Persatuan      yang    diasaskan     oleh    Sunny      dan
            rakan-rakannya  ini  bertujuan untuk  mengajar  bahasa
            isyarat kepada orang ramai untuk memastikan
            komunikasi      antara     masyarakat      dengan      OKU
            pendengaran. Beliau berharap agar suatu hari nanti,
            akan ada kerjasama antara persatuan ini dengan                           Cita-cita beliau adalah untuk menjadi jurulatih Muay
            agensi kerajaan atau syarikat korporat dalam                      Thai yang profesional serta mendapat pengiktirafan di
            mengembangkan usaha persatuan ini. Begitulah                      Malaysia, apabila sudah bersara kelak. Oleh kerana beliau
            besarnya      cita-cita    Sunny     dalam      menaikkan         adalah satu-satunya ahli Muay Thai pekak Malaysia, beliau
            kesejahteraan  orang  pekak  di  Labuan kerana                    berharap agar lebih ramai lagi orang pekak keluar
            pengalamannya dibuli semasa kecil.                                memberanikan diri dan berjaya sepertinya.
                    Walaupun sibuk dengan kerja di siang hari dan
            kerjaya kejurulatihan di waktu malam, Sunny masih                  “ Saya telah berjaya membuktikan kepada masyarakat
            meluangkan       masa     untuk     berkhidmat      kepada               bahawa saya telah berjaya dalam usaha dan
            masyarakat. Ini kerana ibunya selalu berpesan agar                    kesungguhan saya sendiri bagi mencapai cita-cita
            berbuat baik kepada semua orang.                                        bergelar atlet Muay Thai.” - Sunny Sabornido
   286   287   288   289   290   291   292   293   294   295   296