Page 35 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 35
Insan istimewa ini telah dilahirkan di Hospital
Besar Melaka pada tahun 1973 sebagai anak bongsu
dalam sebuah keluarga yang memiliki 11 orang anak.
Zaidi Embong berasal dari Kampung Ayer Molek, Kuala
Sungai Baru, Melaka. Pendidikan awal diperolehinya di
Sekolah Rendah Kebangsaan Ayer Jernih, Kuala Sungai
Baru, Melaka dari tahun 1980 sehingga 1985. Anak
kepada anggota polis pencen ini menjadikan ayahnya
sebagai idola dan menguatkan lagi keazamannya
untuk mengubah kehidupan keluarganya. Walaupun
kehidupannya susah, namun ayah beliau sentiasa
berusaha kuat untuk menyediakan makanan dan
keperluan untuk anak-anaknya.
Sejak di alam persekolahan menengah lagi,
beliau telah merasai tanda-tanda penyakit lemah pada
bahagian otot kaki dan tangan atau dikenali dengan
muscular dystrophy. Namun, beliau sentiasa
menyibukkan diri dengan terlibat dalam pelbagai
aktiviti ko-kurikulum. Bakatnya dalam bidang sukan
terserlah semenjak menjejakkan kaki di Sekolah Tinggi