Page 46 - Jauhari Pantun
P. 46
159 Berenang-renang si ikan gelama
Ikan senohong di celah batu
Bahasa Melayu bahasa utama
Di pertubuhan Bangsa Bersatu
160 Badan sejuk terasa terketar-ketar
Deruan angin menenangkan perasaan
Bahasa Melayu bahasa pengantar
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan
161 Buah delima buah nona
Masak ranum buah pulasan
Bahasa Melayu bahasa wahana
Pelbagai bidang, ilmu, pemikiran
162 Manis sungguh makanan cumi
Di beli Ali di pasar tamu
Bahasa Melayu bahasa rasmi
Bahasa Melayu bahasa ilmu
163 Bangun pagi menghirup bayu
Sangat sejuk air di perigi
Melestari dan memartabatkan Bahasa Melayu
Ke peringkat yang lebih tinggi
NEGERIKU TERSAYANG
164 Hijau menjalar daun pegaga,
Hidup subur tumbuh melata,
Cek Mek Klate gigih berniaga,
Pasar Khatijah bukti yang nyata.
30