Page 21 - Antologi Tu Bulan Tu Bintang
P. 21

KEMBARA DI KOTA VATICAN

            Kutelusuri dataran St. Peter
            mengagumi ketenangan sungai Tiber
            saksi Gereja Basilika Katolik berdiri bangga
            tumpuan penganut Kristian Ortodok
            dihiasi lukisan, mozek, tingkap kaca indah
            disirami cahaya mentari
            tempat berkumpul Pope dan Rahib

            wilayah kecil penuh daulat merdeka
            kota warisan lama terus dikagumi rasa
            pelbagai patung bertelanjang ghairah
            dikagumi sebagai karya seni terkenal dunia
            genius Itali mahakarya seniman Michel Angelo
            pelukis penyair zaman Renaissance
            menghiasi langit-langit kaca gereja

            dalam kesucian kotamu
            Vatican syurga pencopet dan perompak
            vandalisme serata bangunan
            mencacatkan kemurnian agama
            syurga narkoba tanpa kawalan
            kau pusat ilmu agama Kristian
            namun warganya kering penghayatan

            kuteruskan kembara ini
            menyaksikan propaganda api kebencian
            Tuhan telah menyampaikan kebenaran-Nya
            namun bohong dan benci terus menyala








                                           7
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26