Page 71 - Antologi Tu Bulan Tu Bintang
P. 71
WAN NORLIDZA WAN MOHD ZAIN
Beliau berkelulusan Doktor Falsafah (Kesusasteraan Melayu),
Ijazah Sarjana Pengajian Melayu (MMS) dan Ijazah Sarjana Muda
Sastera (Bahasa Melayu) dari Universiti Malaya. Kelulusan ikhtisas
Sijil Perguruan Asas (Pengajian Melayu) dari Maktab Perguruan
Kota Bharu, Kelantan. Bidang Kepakaran ialah Kesusasteraan
Melayu. Kerap membentangkan makalah di dalam dan luar
negara, selain terlibat sebagai panel penilai buku teks DBP, Panel
Hadiah Sastera Perdana, Panel Hadiah Sastera Kumpulan Utusan
(HSKU), Panel Anugerah Tokoh Bahasa Kebangsaan, Panel
Pemilihan Buku Teks KOMSAS, dan Panel Penilai Buku Teks KPM.
Beliau bergerak aktif dalam program-program Pemartabatan
Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat kebangsaan.
57

