Page 40 - Paradigma Sosial
P. 40
Perkhidmatan akses boleh guna penting untuk aksesibiliti yang baik.
melaksanakan intervensi keperluan golongan ini
di dalam masyarakat kita. Kalau dalam Walaubagaimanapun, antara kunci utama
perkhidmatan awam dan swasta, Training Needs yang diamalkan adalah memastikan perkhidmatan
Analysis digunakan bagi membantu dan kemudahan ini disediakan dan boleh dicapai
memantapkan kompetensi seseorang pegawai. oleh seluruh golongan OKU. Australia adalah
Penulis merasakan kaedah yang sama perlu juga antara negara yang boleh dijadikan rujukan
digunakan bagi membantu golongan ibu tunggal menyediakan polisi dan perkhidmatan sokongan
OKU bekerja ini dalam memastikan mereka terus yang baik kepada golongan OKU di negaranya.
berdikari dan mampu menyumbang dalam
produktiviti ekonomi untuk ekonomi negara.
Kerjasama agensi merentas sektor
termasuklah badan-badan atau jawatankuasa
setempat perlu wujud dan bergerak. Semua pihak
perlu lebih cakna, prihatin dan menumpukan
perhatian keperluan bantuan sesuai yang boleh
menyokong ibu tunggal OKU bekerja agar tidak
berputus asa mengharungi kehidupan. Tidak
hanya semata-mata membuat perancangan
program dan melepas batuk di tangga. Polisi
dalaman di persekitaran tempat kerja juga boleh
membantu memudahkan OKU ini untuk bekerja
dan dalam masa yang sama masih boleh
menguruskan urusan penjagaan dan pendidikan
anak-anaknya. Kemudahan waktu kerja anjal atau
bekerja dari rumah atau sistem lain yang sesuai
perlu dibolehkan bagi menyediakan ruang kerja
yang bersifat menyokong pekerjaan ibu tunggal
OKU agar mereka boleh terus bekerja dan
berdikari menampung keluarga.
Kalau di negara-negara maju seperti
Eropah dan Jepun polisi kerajaan tempatan
sangat menyokong seperti penyediaan pusat
transit kepada golongan gelandangan dan
pengemis bagi memastikan mereka tidak
berkeliaran di malam hari di tepi-tepi kaki lima
jalan. Terdapat juga negara yang menyediakan
pusat intervensi krisis dan sokongan kondusif
yang mesra OKU seperti flexi hour. Ini
memberikan galakan dan sokongan kepada ibu
oku bekerja agar terus berkhidmat dan menerima
gaji tanpa perlu risau semasa ketiadaannya
dirumah dan memastikan komitmennya ketika
bekerja. Suasana inilah yang perlu diwujudkan
dalam mencapai kesejahteraan kualiti hidup
golongan OKU. Inilah yang dimaksudkan sebagai
inklusif. Di Australia, satu daripada enam strategi
polisi kerajaan terhadap golongan oku adalah
personal and community support. Kerajaan
Australia percaya bahawa adalah penting untuk
meletakkan sokongan kepakaran pada
tempatnya, terutama untuk bekerja dan
memperbaiki kualiti hidup oku serta tahap
36 PARADIGMA SOSIAL 2022

