Page 5 - Paradigma Sosial
P. 5
Salam
Salam
TINTA
TINTA
KETUA EDITOR
K ETU A EDIT OR
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kehadarat Allah SWT, atas keizinanNya jua maka terbitlah
Paradigma Sosial 2022.
Wabak Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan berlarutan dalam tempoh dua
tahun dari 2021 dan 2022. Ramai yang terkesan tanpa mengira latar belakang dan kumpulan. B40, T20,
usahawan, pekerja bahkan yang duduk di rumah juga turut merasakan kesannya. Paradigma Sosial kali
ini menyajikan artikel-artikel pilihan untuk santapan bacaan separa akademik kepada pembaca bagi
keluaran tahun 2022. Topik berkaitan Buli siber, tekanan mental guru, ibu bapa dan kanak-kanak begitu
ketara dalam tempoh ini.
Selain itu topik kes keganasan rumah tangga, dasar wanita dalam pembuat keputusan,
penggunaan media sosial yang tidak terkawal juga dikongsikan dalam bacaan kali ini. Program bakul
makanan dan cabaran ibu tunggal OKU berkerjaya sebagai santapan ilmu baru disediakan untuk kelainan
bahan bacaan kepada khalayak pembaca.
Semoga dengan terhasilnya Paradigma Sosial 2022 ini dapatlah dijadikan sebagai sumber
rujukan dan inspirasi kepada semua lapisan dalam mendalami isu-isu sosial dan memperkasakan institusi
keluarga di Malaysia. Masyarakat juga diharapkan dapat lebih memahami isu-isu sosial yang berlaku di
situasi semasa negara.
Bersama kita bertanggungjawab membina dan menyebarkan kesedaran serta menggarap
peradaban ilmu dalam mensejahterakan masyarakat. Tahniah Institut Sosial Malaysia dan seluruh
Jawatankuasa Sidang Pengarang atas inisiatif penerbitan Paradigma Sosial 2022 ini.
Selamat meneroka isu sosial semasa dan semoga mendapat manfaat.
#Ilmu Sejahterakan Masyarakat.
Hamidah Hassan
PARADIGMA SOSIAL 2022 1

