Page 52 - Transformasi Praktikum IPG
P. 52

Tingkah Laku Tanpa Arahan


                                                    Tingkah Laku Kolaboratif

                           Perkembangan Guru Pelatih
                                                      Tingkah Laku Terarah Bermaklumat


                                                                  Tingkah Laku Terarah

                                                                       Tingkah Laku Terarah





                                                          Kawalan Guru Pembimbing


                                     Rajah 2. 4: Kontinum Pendekatan Bimbingan Praktikum
                              Sumber : Adaptasi daripada Supervision and Instructional Leadership:
                                         A Development Approach, Glickman et al. 2007


               Sebagai  pembimbing  kepada  pelajar,  mereka  seharusnya  mempunyai  ciri-ciri  kompetensi
               profesional guru yang diperlukan. Ciri profesional ini seharusnya berasaskan kepada SGM
               yang  menjadi  pegangan  semua  pendidik.  Pembimbing  yang  profesional  dalam  tugasnya

               akan  memastikan  bahawa  pelajar  yang  dibimbing  akan  mendapat  ilmu  dan  amalan  yang
               berkualiti  serta  mengikut  standard  yang  diperaku.  Komunikasi  yang  berkesan  adalah

               merupakan  alat  utama  untuk  menyampaikan  pengajaran  dari  pembimbing  kepada  pelajar
               dan  murid  sekolah.    Empat  pendekatan  perlakuan  bimbingan  menjadi  asas  kepada
               bimbingan  yang  diberikan.  Empat  pendekatan  ini  akan  memastikan  setiap  tahap

               perkembangan kemajuan pelajar akan diambil kira. Akhirnya adalah diharapkan agar semua
               pelajar akan mendapat bimbingan yang adil dan saksama daripada pembimbing.



               2.4     Kemahiran Menilai dan Memberi Maklum Balas


               Kemahiran  menilai  dan  memberi  maklum  balas  merupakan  proses  pengumpulan  data

               secara  sistematik,  menganalisis  dan  membuat  interpretasi  tentang  tindakan  pelajar  bagi
               mencapai  matlamat  pembelajaran  yang  telah  ditetapkan  dan  seterusnya  membuat
               keputusan untuk tindakan selanjutnya.



                                                           39
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57