Page 63 - Transformasi Praktikum IPG
P. 63
3.1 Objektif Pelaksanaan
Secara umumnya pelaksanaan e-Praktikum dilaksanakan bertujuan untuk mencapai objektif
seperti yang berikut;
i. bimbingan pensyarah penyelia boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan lebih
kerap atas permintaan pelajar;
ii. menjimatkan masa pensyarah penyelia, kerana bimbingan telah dilakukan atas talian
sebelum sesi pemerhatian pengajaran dan pembelajaran dijalankan;
iii. menjimatkan kos penyeliaan praktikum dari aspek tuntutan perjalanan, elaun harian,
penginapan pensyarah penyelia dan sebagainya;
iv. isu-isu tertentu yang memerlukan perhatian dapat diselesaikan tanpa ragu-ragu
melalui perbincangan secara talian;
v. aplikasi ini juga dapat membantu serta memudahkan pensyarah penyelia memantau
pelajar semasa melaksanakan praktikum;
vi. mengurangkan dan menjimatkan kerja-kerja pengurusan semasa praktikum; dan
vii. mewujudkan perkongsian antara pensyarah penyelia dan pelajar serta menambah
jumlah bimbingan praktikum di luar waktu penyeliaan rasmi yang ditetapkan
dalam buku Garis Panduan Amalan Profesional, IPGM 2019.
3.2 Konsep Umum
e-Praktikum yang dihasilkan dalam melaksanakan penyeliaan latihan praktik secara atas
talian telah dibangunkan bagi mempraktikkan konsep penyeliaan klinikal. Penyeliaan klinikal
merupakan satu proses penyeliaan yang merangkumi prapemerhatian, pemerhatian
pengajaran secara langsung, pengumpulan data dari pemerhatian, penganalisisan tingkah
laku mengajar dan aktiviti untuk meningkatkan mutu pengajaran seperti yang telah
dibincangkan dalam Bab 2. Namun begitu e-Praktikum dihasilkan bagi menyokong proses
penyeliaan klinikal seperti yang berikut;
3.2.1 Sidang PraPemerhatian
e-Praktikum dijadikan sebagai medium interaksi antara pelajar dengan pensyarah penyelia.
Pelajar boleh mengunakan e-Praktikum sebagai medium untuk meminta pendapat atau
nasihat dari pensyarah penyelia mengenai bahan pengajaran yang akan digunakan dalam
kelas. Pelajar boleh memuat naik RPH yang akan digunakan dalam kelas untuk mendapat
50

