Page 7 - Transformasi Praktikum IPG
P. 7

PRAKATA
               TIMBALAN REKTOR

               INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA



               Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

               Alhamdulillah.  Syukur  ke  hadrat  Allah  S.W.T  kerana  dengan  izin-Nya,  Buku  Konsep
               Transformasi Praktikum IPG bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)  telah
               berjaya  dihasilkan.  Saya  mengucapkan  setinggi  tahniah  dan  syabas  kepada  Institut
               Pendidikan Guru Malaysia dan ahli panel yang terdiri daripada pensyarah beberapa Institut
               Pendidikan  Guru  Kampus  yang  telah  berusaha  dengan  gigih  dalam  menghasilkan  Buku
               Konsep  Transformasi  Praktikum  IPG  bagi  Program  Ijazah  Sarjana  Muda  Perguruan
               (PISMP). Transformasi Praktikum IPG ini akan mula digunakan di semua IPG Kampus mulai
               Jun 2019.

               Buku  Konsep Transformasi  Praktikum  IPG  bagi Program  Ijazah  Sarjana  Muda  Perguruan
               (PISMP)  ini  terdiri  daripada  tiga  bab  iaitu  Konsep  Praktikum  Bertema,  Permentoran
               Berstruktur dan e-Praktikum. Melalui penerangan yang diberikan, adalah diharapkan akan
               dapat  mempertingkatkan  lagi  kefahaman  para  pensyarah  penyelia  dan  guru  pembimbing
               terhadap beberapa transformasi praktikum yang terdapat dalam sistem latihan keguruan di
               bawah kendalian Institut Pendidikan Guru Malaysia.

               Buku  Konsep Transformasi  Praktikum  IPG  bagi Program  Ijazah  Sarjana  Muda  Perguruan
               (PISMP)  yang  dihasilkan  ini  telah  dibuat  beberapa  penambahbaikan  terutamanya
               melibatkan  aspek  Bimbingan  Bertema,  Permentoran  Berstruktur  dan  e-Praktikum.  Ketiga-
               tiga elemen ini diharapkan dapat mempertingkatkan kualiti bimbingan yang diberikan oleh
               pensyarah  penyelia  dan  guru  pembimbing  kepada  pelajar  serta  memantapkan  lagi
               penguasaan ilmu oleh pelajar terutama sekali semasa menjalani praktikum di sekolah.

               Akhir  kata,  dengan  penerbitan  Buku  Konsep  Transformasi  Praktikum  IPG  bagi  Program
               Ijazah  Sarjana  Muda  Perguruan  (PISMP)  ini,  diharapkan  dapat  dijadikan  rujukan  utama
               kepada semua  pihak, khususnya  pensyarah  penyelia  dan  guru  pembimbing  dalam dalam
               menyumbang kepada kecemerlangan latihan keguruan di IPG.






               Dr. Jamiah Binti Mohamad,
               Timbalan Rektor
               Institut Pendidikan Guru Malaysia
               Kementerian Pendidikan Malaysia






                                                             vi
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12