Page 34 - Laporan Tahunan ISM
P. 34
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan Keperluan operasi ISM juga memerlukan
sebagai satu proses penyampaian, penyebaran, perkongsian maklumat dan ini hanya boleh
pemprosesan dan penyimpanan maklumat dilaksanakan dengan memastikan semua aset
menggunakan perantaraan teknologi. Seperti ICT dilindungi. Maka, satu sesi taklimat bagi
yang diketahui umum, teknologi disifatkan menerangkan tujuan dan tanggungjawab
sebagai satu bentuk pemudah cara yang pengguna telah diadakan kepada semua Ketua
membolehkan penyampaian maklumat menjadi Kluster dan Ketua Unit ISM.
sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat
tidak terhad kepada internet dan komputer
sahaja tetapi ia melibatkan semua peranti
elektronik yang mempunyai kuasa
pemprosesan.
Pada tahun 2021 , pandemik COVID-19
telah meninggalkan kesan kepada hampir
semua sektor bukan sahaja di Malaysia
bahkan di seluruh dunia. Namun, resolusi
teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT)
yang kian pesat telah memberikan satu
pendekatan baharu yang lebih maju dan
mampu bergerak seiring dengan arus
persaingan norma baharu.
Maka, sebagai pemboleh daya, medan
rangkaian maklumat serta pembudayaan ilmu,
Unit Teknologi Maklumat (UTM), ISM telah
melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut sepanjang
2021 walaupun dihambat dengan kekangan
COVID-19 dan cabaran norma dikalangan
warga kerja ISM.
TAKLIMAT DKICT KEPADA KETUA
KLUSTER/KETUA UNIT
Dasar Keselamatan ICT (DKICT) KPWKM
merupakan peraturan-peraturan yang mesti
dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset
ICT. Ia juga menerangkan tanggungjawab dan
peranan semua pengguna dalam melindungi
aset ICT. Selain itu, DKICT juga berperanan
untuk menjamin kesinambungan bisnes dengan
meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT.
33 LAPORAN TAHUNAN 2021 INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)

