Page 80 - Laporan Tahunan ISM
P. 80

Simposium Kebangsaan Kerja Sosial
                       Anjuran Malaysian Association Of Social
                       Workers (MASW), Institut Sosial Malaysia
                       (ISM) dan Universiti Malaya (UM)

                       Simposium   Kebangsaan    Kerja   Sosial
                       diadakan pada 27 hingga 29 Mei 2021
                       merupakan kolaborasi bersama Malaysian
                       Association of Social Workers (MASW),
                       Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Universiti
                       Malaya (UM). Simposium ini bertujuan untuk
                       memperkembangkan bidang kerja sosial
                       dan memartabatkan profesion kerja sosial di
                       Malaysia   selaras   dengan    Matlamat
                       Pembangunan Mampan 2030. Penganjuran
                       simposium   ini  merupakan  salah  satu
                       pengisian sempena Sambutan Hari Kerja
                       Sosial Sedunia yang disambut pada setiap
                       bulan Mac. Seramai 238 orang peserta yang
                       terdiri daripada pekerja sosial, pengamal
                       sosial, pegawai-pegawai kerajaan, pelajar
                       Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan
                       Swasta (IPTS), pensyarah dari universiti
                       dalam negara dan Badan Bukan Kerajaan
                       (NGO) telah menghadiri simposium ini
                       secara dalam talian.


























            79   LAPORAN TAHUNAN 2021  INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85