Page 50 - PELAN ANTIRASUAH MAMPU 2022-2026 (PINDAAN BPKK)
P. 50
KESIMPULAN
Dalam usaha pemantapan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam
Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan, Kerajaan telah merangka
satu pelan khusus bagi memperkasakan usaha ini iaitu Pelan
Antirasuah Nasional (NACP) 2019–2023.
MAMPU telah menyambut baik inisiatif tersebut dan memperlihatkan
komitmen berterusan dalam menyokong dasar antirasuah kerajaan ini
dengan membangunkan Pelan Antirasuah MAMPU bagi tempoh lima (5)
tahun bermula 2022 sehingga 2026. Pelan yang dirangka ini telah
menggariskan empat (4) bidang keutamaan merangkumi 34 inisiatif
utama yang perlu dilaksanakan oleh peneraju sebagai panduan
pengurusan antirasuah di MAMPU.
Dalam memastikan objektif Pelan Antirasuah MAMPU ini mencapai
hasrat dan matlamatnya, komitmen dan keterlibatan semua pihak
terutamanya dari Pengurusan Tertinggi, Jawatankuasa Antirasuah
MAMPU, Penyelaras Pelan Antirasuah MAMPU, warga MAMPU dan
pelanggan amatlah dititikberatkan.
Penyelarasan dan pemantauan Pelan Antirasuah MAMPU amat penting
bagi memastikan inisiatif-inisiatif dilaksanakan dalam tempoh yang
ditetapkan. Susulan itu, maklum balas dan pandangan dari segenap
pihak amat diperlukan bagi memastikan pelan ini sentiasa relevan dari
semasa ke semasa. Pelan ini juga akan sentiasa dikaji dan dikemas kini
mengikut perubahan semasa.
Pelan Pelan Antirasuah MAMPU juga berfungsi sebagai panduan
kepada semua pihak dalam usaha memantapkan dan menambah baik
tadbir urus, integriti dan antirasuah di MAMPU selaras dengan visi
Pelan Antirasuah MAMPU iaitu menjadi Peneraju Pemodenan
Penyampaian Perkhidmatan Awam yang Berintegriti dan Bebas Rasuah.
48