Page 150 - Laporan Tahunan PERHILITAN 2020
P. 150
Sebanyak 217 ekor individu gajah telah berjaya dikenalpasti melalui analisa genotip mikrosatelit yang mana
hasil analisa mikrosatelit menunjukkan variasi genetik yang tinggi. Aplikasi jujukan DNA sexing telah
mengenalpasti 131 gajah betina dan 86 gajah jantan. Manakala analisa pengkelasan umur telah
mengenalpasti 15 ekor dari kumpulan anak atau juvenil, 78 ekor gajah dari kumpulan sub-dewasa dan
sebanyak 124 ekor gajah dewasa. Secara keseluruhan, projek penyelidikan ini berjaya menjana maklumat
komprehensif berkenaan struktur genetik, profil dan status populasi Gajah Asia di Taman Negara.
Seterusnya, maklumat-maklumat yang diperolehi ini dapat digunakan dalam pemuliharaan dan
pengurusan Gajah Asia oleh PERHILITAN selaras dengan Pelan Tindakan Pemuliharaan Gajah Kebangsaan
(NECAP).
A total of 217 elephant individuals have been successfully identified using microsatellite genotype analysis
where the result shows high variation of genetics. Using DNA sexing marker, 131 female elephants and 86
male elephants were identified. While for the age classification analysis, 15 elephants were identified as
juvenile, 78 sub-adult, and 124 identified as adult. Overall, this research project has generated a
comprehensive information on the genetic structure, profile, and status of Asian Elephant population in the
Taman Negara. Furthermore, this information can be used in conservation and management of Asian
Elephant by PERHILITAN in accordance with National Elephant Conservation Action Plan (NECAP).
Konservasi
TAPIR MALAYA
Conservation of Malayan Tapir
Program konservasi Tapir Malaya (Tapirus indicus) yang dilaksanakan oleh Bahagian Konservasi Hidupan Liar
ialah program menyelamat dan menjejak tapir di lokasi hotspot dan kawasan yang terancam yang
dijalankan di Selangor dan Terengganu. Sebanyak 48 buah perangkap kamera telah dipasang di 4 hutan
simpan di Negeri Terengganu dan di Hutan Simpan Raja Musa, di Hulu Selangor, Selangor. Perangkap
kamera telah merekodkan kehadiran tapir di kesemua hutan simpan tersebut. Sepanjang 2020, sebanyak 7
ekor tapir telah berjaya diselamatkanoleh Jabatan PERHILITAN.
The Malayan Tapir (Tapirus indicus) Programme implemented by Wildlife Conservation Division is to rescue
and track down tapir at hotspot locations and endangered areas in Selangor and Terengganu. With a total
of 48 camera traps deployed in 4 forest reserves in Terengganu, and Raja Musa Forest Reserve in Hulu
Selangor. The camera traps captured the presence of tapir in all of the forest reserves. In 2020, 7 tapir were
successfully rescued by the Wildlife Department (PERHILITAN).
144 LAPORAN TAHUNAN 2020
JABATAN PERHILITAN SEMENANJUNG MALAYSIA