Page 168 - Laporan Tahunan PERHILITAN 2020
P. 168

Pengurusan Konflik Manusia-Gajah
                  Human-Elephant Conflict Management


                  Sebanyak 60 operasi tangkapan gajah liar telah dijalankan di kawasan konflik manusia-gajah di negeri
                  Johor,Pahang, Terengganu, Perak dan Kelantan. Operasi ini dijalankan oleh Unit Tangkapan Gajah
                  (UTG) Negeri dan dibantu oleh UTG PKGK. Negeri Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu
                  sebanyak 15 operasi diikuti oleh negeri Pahang 13 operasi, negeri Johor dan Terengganu
                  masing-masing 12 operasi dan negeri Perak 8 operasi. Sebanyak 38 ekor gajah liar telah berjaya
                  ditangkap sepanjang tahun ini (Jadual 31). Kelantan merekodkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu
                  sebanyak 15 ekor gajah,diikuti Johor 8 ekor, Terengganu 6 ekor, Pahang 5 ekor dan Perak 4 ekor.

                  A total of 60 operations were conducted to capture wild elephants in HEC areas in Johor, Pahang,
                  Terengganu, Perak, and Kelantan. The operation were carried out by State Elephant Capture Units
                  and assisted by the National Elephant Conservation Center (NECC) , Kuala Gandah Elephant
                  Capturing Unit. The highest number of operations were in Kelantan (15 operations), followed by Johor
                  and Terengganu (12 operations), Pahang (13 operations) and Perak (8 operations). A total of 38
                  individuals of wild elephant were captured  in 2020 (Table 31). Kelantan recorded the highest with 15
                  elephants followed by Johor (8 elephants), Terengganu (6 elephants), Pahang (5 elephants) and
                  Perak (4 elephants).


                           Negeri             Sasaran       Bilangan      Sasaran         Hasil
                            State             Operasi        Operasi     Tangkapan        (ekor)
                                               Target         No.          (ekor)        Results
                                                                         Target (No)


                   Kelantan                      8             15            4             15
                   Johor                         10            12            5             8
                   Terengganu                    8             12            5             6

                   Pahang                        8             13            5             5

                   Perak                         10            8             5             4
                   Jumlah Keseluruhan
                                                 44            60           24             38
                   Total

                                           Jadual 31 : Bilangan Tangkapan Gajah
                                          Table 31 :Number of elephants captured








          162   LAPORAN TAHUNAN 2020
                JABATAN PERHILITAN SEMENANJUNG MALAYSIA
   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173