Page 49 - Laporan Tahunan PERHILITAN 2020
P. 49

Verifikasi Stor juga telah dilaksanakan dan mencapai sasaran 100% selaras dengan Pekeliling
                  Perbendaharaan Malaysia, Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan- AM 6.6 Verifikasi Stor yang dijalankan
                  bermula pada 1 Oktober dan berakhir pada 31 Disember  pada setiap tahun.

                  Store Verification also has carried out and achieved target one hundred percent (100%) in accordance
                  with the Treasury Circular Malaysia, Government Store Management Procedure - AM 6.6 Store
                  Verification conducted beginning October 1 and ending December 31 of each year.

                  Pada tahun 2020, Jabatan PERHILITAN juga turut melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan bagi
                  Aset Tak Alih khususnya  fasiliti bangunan pejabat dan Rumah Khas Jabatan (RKJ). Pelaksanaan ini
                  bertujuan bagi memantau pengurusan Aset Tak Alih dan pematuhan terhadap Pekeliling Am.
                  Bilangan 2 Tahun 2012 Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) Kerajaan yang merangkumi
                  penerimaan, pendaftaran, penyelenggaran, perbelanjaan, pemeriksaan, penarafan, pemulihan/ubah
                  suai/naik taraf, pelupusan, kehilangan dan hapus kira. Ianya juga bagi memastikan rekod fasiliti
                  dikemaskini, lengkap dan tepat sebagai persediaan untuk sistem pengurusan Aset Tak Alih yang akan
                  dilaksanakan kelak.


                  In year 2020, inspection on Department’s Immovable Asset particularly office building facilities and
                  the Department's Special Houses (RKJ) was held. It was aimed to ensure the management is in
                  compliance with the General Circular Number 2 of 2012 Government Asset Management (TPATA)
                  Procedures, which includes receipts, registrations, maintenance, expenditures, inspections, ratings,
                  repairs /  modification / upgrades, disposal, loss and write-off. It was also to ensures that the facility's
                  records were updated, complete and accurate towards the upcoming Immovable Asset
                  Management system.


                  Bagi Rumah Khas Jabatan pula, pemeriksaan di semua kuarters Jabatan juga dilaksanakan bagi
                  memastikan  pengurusannya selaras dan mematuhi Perintah-perintah Am Bab E- Rumah dan
                  Bangunan Pejabat Kerajaan. Ianya juga bagi mendapatkan penilaian status menduduki dan
                  keperluan penyelenggaraan,  pembaikan serta cadangan menaiktaraf RKJ ke arah untuk
                  menyediakan  fasiliti baharu, selamat dan selesa kepada kakitangan Jabatan.
                  For the, Rumah Khas Jabatan (RKJ), inspection was held to all Department’s quarters and house to
                  ensure the management is in compliance with the General Orders Chapter House and E-
                  Government Office Building. It was also aimed for a general building assessment to determine the
                  needs for maintenance, repair or upgrading the RKJ towards providing a new facility, that is safe and
                  comfortable to staff.












                                                                                  LAPORAN TAHUNAN 2020   43
                                                                                 JABATAN PERHILITAN SEMENANJUNG MALAYSIA
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54