Page 83 - Laporan Tahunan PERHILITAN 2020
P. 83

4.     Perlaksanaan OBK 2020 ini masih mengekalkan empat sektor utama iaitu Zon Utara, Zon
                  Selatan, Zon Timur dan Zon Tengah serta 1 unit Markas Taktikal (Martek). Sepanjang OBK 2020
                  dilaksanakan, sebanyak 20 operasi telah dijalankan dengan 76 kertas siasatan telah dibuka melibatkan
                  tangkapan 140 orang pesalah yang terdiri daripada 101 orang warganegara Malaysia dan 39 orang
                  warga asing (11 warga Myanmar, 9 warga Indonesia, 7 warga Kemboja, 5 warga Vietnam, 4 warga
                  Sudan, 2 warga Thailand dan 1 warga India). Kes-kes ini disiasat di bawah akta-akta berkaitan seperti
                  Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716], Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313], Akta Imigre-
                  sen 1959/63 [Akta 155], Akta Senjata 1960 [Akta 206], dan Enakmen Taman Negara Pahang (Pindaan)
                  2018.

                  Implementation of OBK 2020 had retained the previous zoning systems of dividing the operation
                  centres into 4 sectors which are the North Zone, South Zone, East Zone, Middle Zone, and 1 unit of
                  tactical headquarters (Martek). A total of 20 operations was conducted during OBK 2020 in which 76
                  investigation papers were opened involving detainment of 140 offenders comprised of 101 Malaysians
                  and 39 foreign citizens (11 Myanmarese, 9 Indonesian, 7 Cambodian, 5 Vietnamese, 4 Sudanese, 2
                  Thais, and 1 Indian). The cases were investigated under the Wildlife Conservation Act 2010 [Act 716],
                  National Forestry Act 1984 [Act 313], Immigration Act 1959/63 [Act 155], Arms Act 1960 [Act 206], and
                  Pahang National Park Enactment (Amendment) 2018.
                  5.     Bagi kesan-kesan pencerobohan yang diperolehi bagi OBK tahun 2020 pula, sebanyak 672
                  utas jerat hidupan liar telah berjaya dimusnahkan dengan 22 kesan tebangan pokok karas, dan 143
                  kesan lama/baru khemah disyaki warga asing (PATI). Selain itu, terdapat juga kesan daripada aktiviti
                  pemburuan haram seperti jenut tiruan,bekas makanan, takikan pokok, trantran?, kelongsong peluru,
                  kesan perangkap, jaring burung, dan 423 sawar.  Sepanjang operasi ini, sebanyak 2881 cerapan
                  hidupan liar telah direkodkan yang meliputi pelbagai spesies mamalia, reptilia, amfibia dan avifauna.

                  The evidence left behind by encroachment activities discovered during OBK 2020 were 672 snares, 22
                  slashed or slashed marks of Agarwood trees, and 143 old/new illegal campsites build by illegal immi-
                  grants. Besides that, there were also signs of poaching activities such as presence of artificial salt lick,
                  food containers or wrappings, marking on trees, bullet shells, traces of trapping device, nets used to
                  trap birds, and 423 trapping fences. During the duration of the operation, a total of 2881 wildlife obser-
                  vations were recorded which consist of various species of mammals, reptiles, amphibians, and avifau-
                  na.
















                                                                                  LAPORAN TAHUNAN 2020   77
                                                                                 JABATAN PERHILITAN SEMENANJUNG MALAYSIA
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88