Page 6 - semasa2017
P. 6
semasa 2017 4
BENDERA SEKOLAH
Bendera juga merupakan lambang dan identiti sesebuah sekolah. Sekolah Menengah Agama Atas
Sultan Zainal Abidin juga mempunyai bendera yang menjadi identiti sekolah yang diwarnakan dengan dua
warna utama iaitu hijau dan kuning. Manakala di tengah–tengah bendera terdapat lencana sekolah.
Warna hijau yang terdapat di bendera Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin membawa 1958 1377
maksud agama Islam sebagai agama rasmi. Selain itu, warna ini juga membawa maksud kondusif, selesa ,
tenang dan aman.
Manakala warna kuningwarna kuning pula membawa maksud lambang kebesaran diraja iaitu
kedaulatan raja sebagai ketua agama Islam. Nama sekolah diambil sempena nama Almarhum Sultan Zainal
Abidin III iaitu Sultan Terengganu yang ke -11. Selain itu, warna kuning juga bermaksud unggul, hebat
dan cemerlang. Warna ini juga melambangkan sultan adalah payung kepada Islam dan sekolah-sekolah
menengah agama negeri terletak dibawah kuasa sultan.
PENGENALAN
Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin
(SMA(A)SZA) merupakan sebuah pusat pengajaran agama yang
tertua di Negeri Terengganu. Meskipun pengasasnya sudah
menjangkau hampir berabad lalu, namun SMA(A)SZA telah
berjaya menunjukkan ketrampilan dan jasa baktinya yang amat
memberangsangkan kepada masyarakat Islam di Terengganu.
Pelbagai pahit maung dan ranjau duri telah berjaya dilangkaui
demi menyemai bakti dan kesedaran kepada masyarakat.
Sesungguhnya sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh – tokoh
terbilang negeri , antaranya ialah Yang Amat Berhormat Tan Sri
Ibrahim Fikri (Allahyarham) , Yang Berhormat Dato’ Mahmud bin
Sulaiman, Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin
Ahmad dan Dato’ Dr. Mohamed Yusof bin Haji Mohd Noor.
ASAL USUL
SMA(A)SZA telah melalui beberapa peringkat proses perkembangan. Kelahirannya adalah hasil daripada kesedaran para cendikiawan berpendidikan
agama selepas Perang Dunia Kedua berikutan perkembangan pesat sekolah Inggeris dan kemalapan sistem pengajian pondok. Ketidak keseimbangan ini begitu
ketara dan membimbangkan sehinggalah pada tahun 1925, suatu inisiatif telah diambil dengan mewujudkan satu kelas pelajaran agama dengan bahasa arab
sebagai bahasa pengantar. Kelas ini pada mulanya ditumpangkan di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya dipindahkan ke Sekolah Melayu Bukit Jambul,
Kuala Terengganu. Kelas ini dikenali dengan nama Madrasah Arabiyyah.
Pada tahun 1932, sebuah bangunan telah didirikan untuk Madrasah Arabiyyah di Kampung Ladang, Kuala Terengganu hasil dari pungutan derma orang
ramai dan bantuan kerajaan negeri. Bangunan ini telah dirasmikan pada tahun 1933 oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
dengan nama ‘Madrasah Al-Sultan Zainal Abidin’.
Madrasah ini terus dimajukan dan dipindahkan ke Batu Burok, Kuala Terengganu pada
tahun 1958 dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal
Abidin ( SMA(A)SZA ). Berikut adalah ringkasan mengenai sejarah penubuhan SMA(A)
SZA.
TARIKH DAN TAHUN PENUBUHAN
•1925 - Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudian di Sekolah Melayu
Bukit Jambul
•1932 – Bangunan baru didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
•1933 – Perasmian
•1943 – Bangunan tambahan dibina ataupun dijalankan proses pembesaran sekolah.
•1958 – Penubuhan SMA(A)SZA Batu Burok iaitu pembahagian peringkat persekolahan
PENGASAS ATAU TOKOH PENUBUHAN
Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh atau pegawai tinggi melayu
iaitu pendidikan agama seperti Datuk Sri Amar Di Raja, iaitu Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara
Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, Datuk Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.
TAPAK ATAU LOKASI SEKOLAH
Tapak asal adalah rumah bekas Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Sri Amar di Raja, Kampung Batu
Burok, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu.
BANGUNAN SEKOLAH PERINGKAT AWAL
Pada awal penubuhan, sekolah ini menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya berpindah ke Sekolah Melayu Bukit Jambul, Kuala Terengganu
dengan nama “Madrasah Arabiah” Pada tahun 1932 sebuah bangunan sendiri telah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu.
Pada tahun 1933 iaitu 15 Rejab 1353H, majlis perasmian sekolah telah diadakan dan perasminya ialah DYMM Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Nama sekolah
adalah “ Madrasah Al-Sultan Zainal Abidin “. Pada tahun 1943 iaitu zaman pemerintahan Jepun, DYMM Sultan Sulaiman telah menghadiahkan sebuah balai Istana
Maziah untuk menampung pertambahan bilangan pelajar atas inisiatif Encik Ibrahim Fikri bin Muhammad iaitu Tan Sri Ibrahim Fikri . Pada tahun 1952 sebuah
asrama didirikan untuk tempat tinggal pelajar yang jauh dari Kuala Terengganu. Bangunan yang didirikan pada tahun 1933 dan 1943 telah dirobohkan dan diganti
dengan bangunan baru.