Page 8 - E MAJALAH NAWAREAN 2023
P. 8

B
                                             K A T A   A L U   -   A L U A N

                         PENGETUA SMK MALIM NAWAR


                   ُ
                             َ
       ُﻪُﺗﺎ َ ﻛَﺮَﺑَو ِﷲ ﺔ َ ﻤْﺣَرَو  ْ ﻢ ُ ﻜﻴﻠَﻋ ُمَﻼ ﱠ ﺴﻟا
                            ْ
        Salam Sejahtera

       Kepada semua barisan pentadbir, guru-guru serta Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang saya hormati sekalian.


       Bismillahirrahmannirrahim



        Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan
       untuk memikul amanah sebagai pendidik, bekerja menabur bakti serta terus menyumbang tenaga dan idea untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan di Sekola
       Menengah Kebangsaan Malim Nawar.


        Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar Tahun
       2023/2024 kerana telah berjaya menyempurnakan majalah ini dengan baik sekali.

        Tumpuan SMK MALIM NAWAR adalah bertujuan untuk membudayakan sekolah yang cemerlang demi melahirkan manusia yang holistik. Usaha ini adalah bagi

       memupuk warga sekolah yang dinamik, bertanggungjawab dan berdaya tahan. Justeru itu semua warga SMK MALIM NAWAR hendaklah sentiasa mengambil
       peluang yang ada untuk terus maju ke depan dalam pelbagai aspek/bidang yang diceburi.Segala cabaran yang mendatang hendaklah diatasi dengan penuh daya
       usaha dan iltizam demi mencapai kejayaan dalam setiap peluang yang ada. Warga SMK MALIM NAWAR hendaklah sentiasa menggunakan peluang yang ada deng
       semaksimum yang mungkin bagi menjamin perubahan yang dapat dilihat dan dicapai. Warga SMK MALIM NAWAR juga mesti bijak mengatur langkah yang
       sistematik bagi menghadapi cabaran mendatang dengan pelbagai usaha.


       Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar sebagai sebuah sekolah harian akan sentiasa berusaha secara total
       untuk menyediakan landskap pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Apa juga halangan,
       cabaran dan transformasi yang mendatang, seluruh warga sekolah harus berfikiran positif dan menerima dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam,
       dedikasi dan berintegriti untuk menempuh dan mengatasinya demi mencapai misi dan visi sekolah. Bersesuaian dengan slogan 3C iaitu Challenge, Chance and
       Change teruskan tekad, gandakan usaha agar kita dapat menjadi Khalifah yang dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara.



       Sekian, terima kasih.


       ‘CHALLENGE, CHANCE AND CHANGE’


       Saya yang menjalankan amanah,





       ……………………………………………………...
       (Haji Mior Anuar Bin Haji Ghazali)
       Pengetua SMK Malim Nawar



                                                                                                                                                   7
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13