Page 24 - Anugerah Cemerlang Universiti Malaya 2023
P. 24
Jalinan Masyarakat
Anugerah ini diberikan kepada staf UM (akademik atau bukan akademik) yang berkelayakan. Penerima Anugerah Jalinan
Masyarakat ialah penghargaan kepada staf UM yang telah menyumbangkan kepakaran, teknologi, masa dan tenaga
mereka dalam menghasilkan projek berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Profesor Dr. Nur Aishah binti
Mohd Taib
Fakulti Perubatan
Profesor Dr. Nur Aishah Mohd Taib merupakan perunding kanan pakar bedah
payudara dan Profesor di Jabatan Surgeri Fakulti Perubatan sejak tahun 2012.
Prof. Nur Aishah menerima anugerah ini berdasarkan projek beliau dalam
membangunkan ekosistem diagnosis awal kanser untuk 5 jenis kanser utama
di Malaysia (kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser
serviks dan kanser prostat) khususnya bagi kumpulan B40 di Selangor. Impak
projek beliau kepada kepada komuniti adalah:
1. Meningkatkan jangkauan dalam pendidikan kesihatan mengenai
saringan kanser, diagnosis awal penyakit kanser payudara, kolorektal,
paru-paru, serviks dan kanser prostat khususnya kepada masyarakat
melalui kempen yang strategik (dua komuniti perintis).
2. Meningkatkan jaringan dan pendidikan kepada doktor dalam penjagaan
primer bagi kanser payudara, kolorektal, paru-paru, serviks dan kanser
prostat dan pakar dalam pengurusan kanser payudara.
22 Anugerah Cemerlang Universiti Malaya 2023