Page 30 - Anugerah Cemerlang Universiti Malaya 2023
P. 30
PTj Paling Lestari Hijau
1. Penerima Anugerah PTj Paling Lestari Hijau ialah Pusat Tanggungjawab yang merujuk kepada Fakulti/Pusat/
Akademi/Institut Universiti Malaya yang komited dan proaktif dalam pelaksanaan inisiatif kelestarian kampus di
peringkat PTj berkenaan dan diiktiraf berdasarkan kepada prestasi serta sumbangan melalui 2 platform berikut iaitu:
(a) UM Campus Sustainability Report Card (UMCSRC); dan
(b) Penganjuran program di peringkat PTj yang menepati kriteria Sustainable Green Event Management Rating
(SGEM).
2. Penerima anugerah telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kesemua aspek yang dinilai dalam UMCSRC
dan SGEM bersama lampiran bukti yang berkualiti pada tahun penilaian. Secara dasarnya, anugerah ini merupakan
pengiktirafan daripada Universiti Malaya kepada PTj yang mendokong aspirasi Pelan Pembangunan Eko-Kampus
Universiti Malaya (UM Eco-Campus Blueprint/UMECB) secara khususnya dan Matlamat Pembangunan Lestari
(Sustainable Development Goals/SDGs) secara umumnya yang diterapkan dalam aspek pengurusan, operasi,
pembangunan, penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran di peringkat PTj berkenaan.
3. Inisiatif pengiktirafan ini diperkenalkan sebagai salah satu platform bagi menggalakkan penyertaan proaktif daripada
semua PTj di Universiti Malaya untuk sama-sama menyumbang secara holistik kepada penambahbaikan kualiti
berterusan kelestarian kampus serta sumbangan secara langsung kepada penarafan prestasi kelestarian kampus
tahunan yang disertai Universiti Malaya terutamanya Universitas Indonesia GreenMetric World University Rankings
(UIGM) dan Times Higher Education Impact Rankings on Sustainable Development Goals (THE IR). Kesemua aspek
sumbangan ini diterjemahkan melalui data dan bukti daripada pengaplikasian kedua-dua platform yang digunakan
untuk penilaian kategori ini iaitu:
(a) UM Campus Sustainability Report Card (UMCSRC) dan
(b) Penganjuran program di peringkat PTj yang menepati kriteria Sustainable Green Event Management Rating
(SGEM).
Hasrat umum pengenalan anugerah ini adalah untuk menggalak serta memupuk kesedaran warga kampus Universiti
Malaya iaitu pihak pengurusan, staf dan pelajar berkenaan kepentingan mendokong sekaligus merealisasikan aspirasi
Pelan Pembangunan Eko-Kampus UM dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) secara aktif dalam melestarikan
kampus UM di peringkat PTj masing-masing.
Fakulti Alam Bina
Fakulti Alam Bina merupakan antara
PTj yang aktif dalam memberi
sumbangan terhadap kelestarian
kampus yang melibatkan
penyertaan staf akademik, staf
eksekutif dan operasi, serta pelajar
dan pihak luar. Sumbangan Fakulti
Alam Bina turut dilihat dari aspek
28 Anugerah Cemerlang Universiti Malaya 2023