Page 5 - Buku Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke 65
P. 5

Merekayasa Nadi Intelektual
                     Perkataan merekayasa membawa maksud inovasi, reformasi,
                     dan keberanian Universiti Malaya untuk menyusun
                     semula strategi akademik, penyelidikan dan ekosistem
                     pembelajaran agar sentiasa kekal relevan di peringkat global.
                     Sementara itu, Nadi Intelektual menegaskan bahawa graduan
                     adalah “denyut jantung” Universiti yang merupakan tenaga,
                     pemikiran  dan  kreativiti  yang  menghidupkan  universiti
                     sebagai pusat ilmu dan kecemerlangan.



                                    Menjulang Amanah Negara
                     Graduan Universiti Malaya tidak sekadar menerima
                     segulung    ijazah.   Mereka     memikul     amanah     besar
                     sebagai pewaris dan penggerak pembangunan negara.
                     Amanah  ini  merangkumi  keilmuan,  integriti,  kepimpinan,
                     serta kesediaan untuk memberi khidmat kepada masyarakat.
                     Ia  seiring  dengan  aspirasi  Negara  yang  menekankan
                     kecemerlangan ilmu, kekuatan nilai dan daya saing di pentas
                     global.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10