Page 7 - HUKUM NUN MATI DAN TANWIN
P. 7
Ikhfa Haqiqi
Ikhfa bermaksud sembunyi, samar atau tidak jelas.
Ia berlaku apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan salah satu daripada
15 huruf Ikhfa Haqiqi ( ق ط ظ ف ض ص ش س ت ث ج د ذ ز ) Maka cara
ك
bacaannya adalah dengan bunyi samar-samar (Dengung)
Contoh: مَوْ ََْْيْهْا
Ada nun sukun bertemu dengan ta ( ت ) yang merupakan huruf Ikhfa haqiqi.
Sehingga cara membacanya bukan "Min Tahtihaa" melainkan disamarkan
menjadi "Ming Tahtihaa".
Idhgam Bi Ghunnah
Bermaksud memasukkan dengan dengung.
Ia berlaku apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan salah satu huruf
Idhgam Bi Ghunnah yang empat, iaitu (و م ن ي ) dalam dua perkataan,
maka cara bacaannya adalah dengan memasukkan huruf nun mati atau
tanwin tersebut ke dalam salah satu dari empat huruf Idhgam Bi Ghunnah
dengan disertakan bersamanya bunyi dengung dua harakat.
Contoh: يدهرٍ ْ مَّاي ِ ُْدٍْ dibaca 'sidrimm-makhdhuudin'
ِ