Page 138 - KPKM
P. 138
137 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
BAHAGIAN PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA (BPSM)
SEKTOR PENGURUSAN
OBJEKTIF BAHAGIAN
a. Memastikan perancangan dan pembangunan organisasi yang mantap dan
efektif.
b. Memastikan pengurusan perkhidmatan sumber manusia yang cekap dan
berkesan.
c. Melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran dan
bersikap positif melalui program latihan berkualiti.
d. Memastikan keutuhan organisasi dan sumber manusia yang kompeten,
berdisiplin serta bermotivasi.
FUNGSI BAHAGIAN
a. Merancang tenaga kerja manusia dan pembaharuan organisasi
kementerian.
b. Mengurus pengambilan, pengisian jawatan, penempatan dan pertukaran
pegawai bagi kementerian, jabatan dan agensi.
c. Menguruskan dan menyelaras hal ehwal perkhidmatan pegawai
kementerian, jabatan dan agensi.
d. Menyelaras urusan kompetensi, pemangkuan dan kenaikan pangkat
pegawai di kementerian, jabatan dan agensi.
e. Melaksanakan penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan HRMIS di
kementerian, jabatan dan agensi.
f. Merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti latihan generik dan fungsian
dalam dan luar negara.
g. Menguruskan perkara berkaitan perkhidmatan kaunseling bagi pegawai
kementerian, jabatan dan agensi.
h. Mangurus hal ehwal Majlis Bersama Jabatan (MBJ).

