Page 18 - KPKM
P. 18
17 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
BAHAGIAN SEKURITI MAKANAN (BSM)
SEKTOR PEMBANGUNAN
OBJEKTIF BAHAGIAN
a. Meningkatkan sumbangan sektor tanaman, ternakan dan perikanan kepada
KDNK;
b. Meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan melalui
penggunaan sumber-sumber pengeluaran secara optimum; dan
c. Meningkatkan penglibatan golongan sasar dalam rantaian nilai pengeluaran.
FUNGSI BAHAGIAN
a. Menggubal, mengemaskini serta memantau dasar dan strategi berkaitan
dengan industri tanaman, ternakan dan perikanan;
b. Menyelaras, memantau dan memudahcara pelaksanaan dasar, strategi,
program dan projek berkaitan industri tanaman, ternakan dan perikanan;
c. Menyelaras dan memudahcara permohonan cadangan (proposal) bagi
sektor tanaman, ternakan dan perikanan; d). Mengkaji dan memperakukan
program pembangunan Rancangan Lima Tahun, Kajian Separuh Penggal
serta keperluan peruntukan termasuk belanjawan;
e. Melaksanakan tugas sekretariat bagi jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan
pembangunan industri tanaman, ternakan dan perikanan;
f. Menyedia input bagi Kertas Dasar/Memorandum/Nota Makluman/
maklumbalas berkaitan industri tanaman, ternakan dan perikanan;
g. Meningkatkan hubungan, jaringan dan kerjasama antara kementerian,
jabatan/agensi kerajaan, swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO);
h. Menyelaras dan memantau pengurusan dua (2) Kawasan Pembangunan
Pertanian Bersepadu (IADA) bukan padi iaitu IADA Kalaka-Saribas-Betong
dan IADA Samarahan dan Taman Kekal Pengeluaran Pertanian (TKPM); dan
i. Menyelaras isu-isu sekuriti makanan di peringkat pengeluaran pertanian.

