Page 43 - BUKU PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI JKR NEGERI TERENGGANU
P. 43

BAB 3

          MEMPERKASA USAHA PENCEGAHAN RASUAH




             1.  Mekanisme Pelaksanaan

                                                                           kerjasama
                 OACP dilaksanakan secara  menyeluruh  melibatkan Kerjasama  diantara pihak
                 pengurusan  tertinggi dan  warga JKR Negeri Terengganu  bagi memastikan kesemua
                 inisiatif  yang  telah dikenalpasti dapat  dilaksanakan secara berkesan  dan  sistematik
                 merangkumi setiap aspek bagi memastikan kejayaan pelan ini.

                 Jawatankuasa Pembangunan OACP  telah  ditubuhkan selaras  dengan  arahan  YAB
                 Perdana Menteri No.1 Tahun 2018, siri 2 No.1 Tahun 2019 – Pemantapan Governans,
                 Integriti dan Antirasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia.

                 Dalam mengenal pasti mkemajuan dan prestasi pelaksanaan setiap strategi dan inisiatif,
                 semua aktiviti akan sentiasa dipantau. Pemantauan dan penilaian merupakan amalan
                 penting bagi memastikan setiap tindakan yang diambil memenuhi jangkaan dan matlamat
                 OACP. Amalan ini akan melibatkan semua pihak berkepentingan dalam melaksanakan
                 strategi dan inisiatif yang dirangka.

                 Pengurusan tertinggi JKR Negeri Terengganu hendaklah memastikan kebolehlaksanaan
                 OACP diperkukuhkan dengan tindakan berikut

                 i.   Mengkoordinasi, memantau, menilai dan melaporkan pencapaian OACP
                 ii.   Memastikan setiap pelan  tindakan dilaksanakan mengikut  tempoh sasaran  yang
                     ditetapkan;
                iii.   Memastikan semua pelan tindakan OACP dipatuhi oleh semua warga jabatan yang
                     terlibat.


























                                                           38
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48