Page 11 - PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI (OACP) JKR NEGERI TERENGGANU
P. 11

1.2 ISU DAN CABARAN


            Kajian mendapati bahawa punca pendapatan atau penetapan tangga gaji yang kecil dan rendah
            bukannya punca utama atau satu- satunya punca mengapa penjawat awam mengambil rasuah. Di
            antara punca utama yang menyebabkan berlakunya rasuah di kalangan penjawat awam adalah
            kecenderungan sikap pegawai seperti berikut:-

                1)  Mempunyai gaya hidup di luar kemampuan
                2)  Tahap integriti yang rendah di kalangan pegawai terbabit
                3)  Sikap tamak dan haloba
                4)  Wujudnya ruang dan peluang untuk melakukan perbuatan rasuah




            1.3 DATA ANALISIS


            Pelbagai sumber data dan maklumat telah diberi perhatian dalam usaha mengenal pasti
            risiko-risiko berkaitan tadbir urus, integriti dan rasuah di JKR Terengganu. Hal ini penting
            bagi memastikan JKR Terengganu  sentiasa berada  di tahap  terbaik dari sudut
            penyampaian perkhidmatan dan imej organisasi.


            Justeru, Jawatankuasa  Pembangunan Pelan Anti  Rasuah  (OACP) JKR Terengganu
            telah menganalisa beberapa data yang berkaitan (sumber dalaman dan luaran) bagi
            membantu usaha mengenal pasti risiko-risiko yang berupaya  menyumbang ke  arah
            kelemahan, tadbir urus, integriti dan rasuah. Data  - data yang dikaji telah diperolehi
            daripada Laporan Kes Tatatertib JKR, Maklumat Aduan Integriti, Dapatan Kajian Soal
            Selidik Kepuasan Pelanggan JKR Terengganu serta sumber-sumber dalaman lain yang
            berkaitan.


            Hasil dapatan kajian dan analisis tersebut, risiko dalaman dan luaran telah dikenal pasti
            bagi menentukan  sebarang  bentuk ancaman  dan  peluang yang berpotensi yang
            menyebabkan berlakunya perlakuan salah laku rasuah, penyelewengan dan salah guna
            kuasa dalam kalangan warga JKR Terengganu. Pelan tindakan penambahbaikan dan
            inisiatif  tambahan  juga  telah diwujudkan dan  akan dilaksanakan terutama  dari segi
            pemantapan program yang  dapat mengurangkan  risiko  anti  rasuah, isu  integriti  dan
            tadbir urus dalam kalangan warga JKR Terengganu.
















                                                            6
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16