Page 49 - PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI (OACP) JKR NEGERI TERENGGANU
P. 49

BAB 4 : KESIMPULAN DAN HARAPAN MASA HADAPAN


            4.1   Kesimpulan


                   Usaha memerangi rasuah harus sentiasa dijadikan agenda utama khususnya di peringkat
                   organisasi dengan melaksanakan pelbagai program kesedaran, pemerkasaan kawalan
                   dalaman  serta  mengenakan tindakan yang tegas terhadap mana-mana pegawai  atau
                   kakitangan yang melakukan kesalahan tatatertib mahupun jenayah. Selaras dengan itu,
                   OACP JKRNT yang dibangunkan ini bertindak sebagai panduan kerja untuk menjadikan
                   JKR Terengganu sebagai jabatan yang bersandarkan kepada prinsip integriti dan tadbir
                   urus yang cemerlang.

                   OACP JKRNT  telah menetapkan tempoh pelaksanaan  satu (1) hingga lima  (5) tahun
                   (2025-2029) untuk dilaksanakan. Berdasarkan kajian dan hasil dapatan penilaian semasa
                   risiko secara menyeluruh, sebanyak 6 bidang keutamaan iaitu Pentadbiran, Pengurusan
                   Projek, Sumber Manusia, Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan telah digariskan dan
                   akan diberikan keutamaan agar kelemahan dalam aspek integriti, governans dan rasuah
                   dapat ditangani dengan sistematik.


                   Pelan ini juga  bertindak sebagai kawalan dalaman  yang memainkan peranan penting
                   untuk  memastikan sebarang  risiko  rasuah dapat ditangani dengan berkesan. Bagi
                   memastikan keberkesanan pelan tindakan  ini, pelaksanaan keseluruhan inisiatif  akan
                   dipantau secara berterusan dan penilaian akan dilaksanakan setiap tahun. Keberkesanan
                   setiap inisiatif akan dinilai mengikut perkembangan semasa agar menepati sasaran yang
                   ditetapkan.

                   Komitmen semua pihak adalah pemangkin utama kepada kejayaan pelaksanaan OACP
                   ini dan secara langsung dapat dijadikan panduan yang jelas berkaitan antirasuah kepada
                   seluruh  warga JKR Terengganu. Pembangunan  OACP JKRNT  2025-2029 ini juga
                   merupakan gambaran komitmen penuh  jabatan bagi  merealisasikan usaha  kerajaan
                   untuk memantapkan tadbir urus, integriti dan  antirasuah dalam Sistem Pengurusan
                   Pentadbiran Kerajaan sepertimana yang telah dinyatakan dalam NACP 2019-2023.


            4.2  Harapan Masa Hadapan


                   Memastikan kelangsungan OACP JKRNT yang dibangunkan, komitmen warga JKRNT
                   amat diperlukan  menerusi pelaksanaan keseluruhan inisiatif  yang  telah digariskan
                   termasuk pemantauan  dan  penilaian secara  konsisten.  Menjadi tanggungjawab dan
                   komitmen kita sebagai warga  JKRNT untuk sama-sama memperkasa dan
                   membudayakan amalan integriti dalam semua aspek kehidupan dan tugas seharian. Bagi
                   memastikan JKRNT  khususnya dan  negara  kita  umumnya sentiasa  ditunjangi ahli
                   masyarakat madani yang memiliki integriti diri yang tinggi agar menjadi sebuah jabatan
                   yang disegani dan dihormati. Dengan ini, usaha yang dijalankan sentiasa relevan dan
                   dapat diukur tahap keberkesanannya seiring dengan perubahan semasa dan
                   mengaplikasikan teknologi yang pesat membangun.

                   AMALKAN BUDAYA BERINTEGRITI







                                                           44
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54