Page 6 - Monograf Talk on Zakat
P. 6
T A L K O N Z A K A T A N D W A Q F :
T H E E G Y P T I A N E X P E R I E N C E
Wakaf di Mesir
Pada tahun 1964, Syeikh
Muhammad Faraj al-Sanhuri telah
memperkenalkan undang-undang
berkenaan pengurusan wakaf di
Mesir dan perundangan tersebut
masih kekal hingga kini. Terdapat
idea perubahan dalam wakaf di
Mesir terutama dalam membuka
akaun bank bagi wakaf tunai
berdasarkan mazhab Maliki yang
membenarkan wakaf tunai dan
wakaf bertempoh (wakaf muaqqat)
dilaksanakan.
Bagi mendepani cabaran masa
kini, pentadbiran negara tidak
boleh berpegang kepada satu
mazhab tetapi meneroka mazhab
yang lain bagi menyelesaikan isu
semasa. Idea usaha fekah (ikhtiyar
fiqqiyah) ini adalah satu cara untuk
memilih pandangan yang sesuai
dari mana-mana mazhab bagi
menyelesaikan masalah namun
masih berada dalam disiplin ilmu,
maqasid syariah, tatabahasa arab
yang betul supaya tidak celaru dan
masih teratur.
Wakaf di Mesir bagi pengurusan
KEMENTERIAN WAKAF MESIR selain daripada wakaf tunai akan
bertanggungjawab untuk menggalakkan kesedaran diuruskan oleh Kementerian
agama, membangunkan masjid dan pusat al-Quran, Wakaf. Manakala, wakaf tunai pula
menghasilkan fatwa agama, membangunkan wakaf diuruskan oleh Bank dengan
dan mencipta sistem pintar inovatif untuk mengutamakan kaedah
kemakmuran masyarakat. keutamaan kepada niat pewakaf
dalam menunaikan wakaf
tersebut.